Tahukah anda bahawa manusia sangat teruja apabila mendengar / melihat nama mereka disebut?
Konsep yang telah dibuktikan didalam makmal neurosains ini telahpun lama digunapakai oleh beberapa perniagaan yang berjaya.
Jom ambil contoh Starbucks:
Dengan hanya ucapan (dengan nada ceria): “Hi there, welcome to Starbucks! What can I get for you today?”
….”What shall your name be on your coffee today, Maam?”
… secara automatik mengujakan neuron-neuron ‘special’ didalam otak kita, iaitu Von Economo Neurons (VENs) yang walaupun hanya sedikit bilangannya tetapi sangat ‘powerful’ pengaruhnya kepada neuron-neuron bahagian lain didalam otak anda dan saya.
VENs ini berkait rapat dengan “ego” anda dan saya.
Ia juga berkait rapat dengan perasaan belas kasihan (compassion) dan empathy – konsep yang amat bertentangan, dengan ego, kan?
VENs akan mengaktifkan bahagian Anterior Cingulate Cortex (ACC) yang berperanan mengawal emosi kita.
Kalau anda taksub dengan nama anda seringkali ingin disebut2 ramai, maka mungkin kena fine tune semula VENs anda…sebab itulah ada juga ramai yang tidak peduli pun akan populariti, glamor, pangkat, dan seangkatannya…kerana VENs mereka sudah dilatih dan di ‘configure’ untuk sedemikian.
Soalan seterusnya: Boleh ke kita ubah / train / re-configure semula neurons kita? Ada cara?
Tunggu kupasan selanjutnya ya. InshaAllah.
Soalan untuk para peniaga berfikir dan jawab sendiri: Bagaimana konsep nama ini boleh anda jadikan strategi power untuk perniagaan anda?