PART 1 Covid19: Muhasabah Industri Pelancongan Negara

Sebagai salah seorang yang aktif didalam industri pelancongan negara dan sentiasa menyokong penuh rakan-rakan industri tersebut, saya terpanggil untuk menulis tentang betapa hebatNya dugaan rakan-rakan industri pelancongan ketika ini.

Ramai rakan-rakan industri yang saya kenal rapat sudah mula “terduduk” dan amat terkesan dengan pandemik ini sehinggakan ada yang “terpaksa” memberhentikan para pekerja bermula April ini.

Sudah tentu ini sama sekali bukan kehendak mereka, tetapi jika anda seorang usahawan (yang bukan usahawan tak perlulah sibuk-sibuk komen yang bukan-bukan ya), anda akan amat memahami situasi ini.

Jika anda seorang usahawan, anda tahu bahawa hanya ada 2 cara sahaja sesebuah perniagaan mampu maju dan berdaya saing (ini nasihat pertama saya kepada semua pelajar saya dalam kelas);

You either;

  1. Increase revenue, or / and (tingkatkan hasilan/jualan), atau/ dan;

  2. Decrease costs (turunkan kos)

Dalam situasi sangat mencabar ketika ini, yang mana satu akan menjadi pilihan terpantas?

Sudah tentulah yang kedua. Pilihan pertama tinggal harapan sahaja.

Apakah cara termudah untuk turunkan kos operasi (terutamanya kos tetap)?

Paling “cepat” (walaupun ianya paling SUKAR untuk dilakukan) adalah dengan memberhentikan pekerja sama ada untuk suatu tempoh, ataupun terus “tamatkan perkhidmatan”.

Anda mungkin sudahpun tahu bahawa industri pelancongan merupakan salah sebuah industri yang memberi impak tertinggi kepada sesebuah negara (purata 10% GDP dunia), khususnya di negara-negara Asia Tenggara.

Tahun 2019 sahaja hampir 26 juta pelancong antarabangsa mendarat di Malaysia, menyumbang sebanyak RM84 billion kepada ekonomi negara.

Walaupun angka ini telah menurun untuk beberapa tahun kebelakangannya, namun Visit Malaysia 2020 telah diharapkan memberi suntikan bermakna kepada angka ini…sehinggalah pandemik Covid-19 bermula.

 

Namun begitu, perlu juga sentiasa diingat dan percaya (having faith and belief) bahawasanya tiap apa yang Tuhan jadikan merupakan hikmahNya kepada setiap diri kita, dan disebabkan inilah rakan-rakan industri pelancongan tempatan juga perlu bermuhasabah diri dan sentiasa memperbaiki diri dan perniagaan masing-masing.

Pihak World Travel and Tourism Council telah memberi amaran bahawa pandemik ini mampu mengakibatkan pemberhentian 50 juta pekerjaan berkaitan industri pelancongan diserata dunia;

  1. Asia akan terjejas paling teruk

  2. Jika pendemik ini berakhir, diramal bahawa pemulihan industri ini akan memakan masa sekurang-kurangnya 10 bulan.

  3. Paling terjejas secara langsung adalah subsektor penerbangan, kapal cruise dan logistik yang lain, diikuti dengan industri penginapan jangka pendek (hotel, dll.).

 

“Muhasabah” Industri

Apa kita semua alami ketika ini perlu diberi perhatian yang sangat serius – bukan sahaja pencegahan dan penularan virus ini, tetapi yang lebih utama juga adalah berbalik semula kepada puncanya.

Tuhan tidak bersifat zalim keatas semua ciptaanNya, dan dengan ini perlulah setiap pemain industri berfikir panjang mengapa pandemik ini diturunkan, dan mengapa tamparan hebatNya dan secara langsung kepada industri ini?

Selama penglibatan saya secara langsung di dalam industri ini, banyak yang boleh saya katakan / komen, tetapi terpulanglah kepada setiap pemain itu sendiri untuk memikirkan adakah mereka telah patuh kepada tuntutan-tuntutan yang perlu diikuti dan dilandaskan menurut ajaran masing-masing?

Pemain industri hotel, sebagai contoh, mungkin inilah masanya untuk mereka membuat refleksi bagaimana operasi hotel selama ini telah dijalankan?

Sebagai contoh paling ketara, arak, shisha, masih dijual secara terbuka, dan ada juga beberapa pusat penginapan yang masih “tutup sebelah mata” membenarkan kegiatan-kegiatan yang langsung tidak menghormati “kesopanan dan kesusilaan” negara (nude beach, drink-all-you-can, gamble-till-you-drop, party-till-you-drop, dll.)

Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah setakat yang “major” ini – nanti ramai pula rakan-rakan industri saya yang merajuk, unfriend pula saya. 🙂

Bab zakat juga saya rasa perlu disentuh…sebab sedihnya ada dikalangan yang saya kenal sendiri tidak mengambil serius tentang pembayaran zakat perniagaan.

Ada juga pemain industri (khususnya yang kecil dan sederhana) saya perhatikan tidak mempunyai business model yang efisien dan inovatif; tidak mempunyai pengurusan risiko (risk/safety management) – jika yang melibatkan sukan/aktiviti luar/extreme – memasarkan apa yang lain dari realiti perkhidmatan yang diberikan (“cakap lain,  buat lain?”) dan sebagainya.

Saya mengenali seorang usahawan muda makanan “gourmet” di Johor Bahru yang berjaya.  Beliau mengatakan didalam model perniagaannya (business model) disentuh tentang “kepentingan solat diawal waktu – dan jika berpeluang, berjamaah, walaupun semasa perniagaan sedang berjalan”.

Pada awalnya, kebanyakan pelanggan memberi reaksi sangat negatif (ramai yang memaki hamun pun) kepada penekanan ini kerana mereka sanggup beratur selama lebih sejam (sehingga dua jam!) untuk menunggu giliran diwaktu peak hours, tetapi terpaksa tambah masa beratur kerana staf perlu “tunaikan kewajipan solat”.

Beliau tetap dengan pendirian (keyakinan, kepercayaan) bahawa tiang agama perlu tetap teguh dan ini akan membina sebuah “tiang” kukuh untuk perniagaannya.

Dengan pendekatan ini, pelanggan (dari setiap bangsa dan agama) mula memberikan “respect” dan memahami (dan ada yang menjadikan perniagaan beliau sebagai role model usahawan muda F&B) dan menyokong penuh usahanya.

“Moving On”

Saya gemar menyelami puisi-puisi bermakna Rumi dan dikala menulis artikel ini, beberapa puisi beliau terngiang-ngiang diminda:

Moving on,

Bagaimana strategi terbaik pemain industri untuk tetap “survive” dalam keadaan genting ini?

InshaAllah jika berpeluang akan bersambung ditulisan akan datang.

Dalam pada menunggu, jom sama-sama bermuhasabah (refleksi diri) – bukan sahaja ditujukan kepada anda sipemilik perniagaan, tetapi juga semua kakitangan perniagaan pelancongan – receptionist di kaunter dan menjawab panggilan, waiter dan waitress di cafe-cafe, team housekeeping, cabin crew, cruise ship managers, semuanya.

Jika diizinkanNya pandemik ini berakhir, jom hidupkan kembali secara lebih efisien dan lebih professional industri pelancongan negara.

May we be strong through these hard times, for we have no choice but to remain strong.

#myBrainInPinkFlippers #neurobizmalaysia #jomzoomotak