Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi grup LA21 telah diadakan pada 7 Julai 2018 di Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus melibatkan stake holders terdiri daripada UTM, Bernama, Expressions, PPIM, Elina Bike, Eco Knight, Yayasan Patriot, Eco Green dan Kastam.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama – sama 8 pemegang taruh telah bersetuju untuk menyertai pertandingan dalam Program Kejiranan LA21KL 2018-2020. Pertandingan bagi tahun 2018 bermula Januari 2018 sehingga November 2018.
Salah satu Kriteria Permarkahan Pertandingan Kebun Kejiranan Bandar 2018 adalah dengan mengadakan program yang bercorak ilmiah di kebun bandar Sungai Bunus setiap bulan sepanjang tahun 2018.
Program ini mendapat sokongan penuh UTM dan Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur) Prof. Dr. Shamsul Shahibuddin turut serta meluangkan masa menghadiri program ini seterusnya menyempurnakan gimik penyerahan papan tandanama “Selamat Datang Ke Kebun Bandar Sungai Bunus” sumbangan staf UTM di Kebuh Kejiran Bandar Sungai Bunus.
Program kali ini disertai oleh 50 sukarelawan terdiri dari staf UTM dan Kenanga Inverstment Bank. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian ilmu mengenai penanaman herba yang telah disampaikan oleh Puan Siti Zalita binti Ad Talib, Penolong Jurutera Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I) UTM serta pembuatan baja kompos oleh kakitangan EcoKnights.