PROGRAM LIBATSAMA KARNIVAL USAHAWAN TEKNO DESA 2018

PROGRAM LIBATSAMA KARNIVAL USAHAWAN TEKNO DESA 2018

Usahasama : UTM KL & Desa Temuan
25 Mac 2018

 

PROGRAM LIBATSAMA KARNIVAL USAHAWAN TEKNO DESA 2018 telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Orang Asli Desa Temuan, Damansara Perdana pada 25 Mac 2018. Selain UTM, Universiti Malaya (UM) juga terlibat sama dalam menjayakan program. Seramai 10 orang kakitangan UTM KL dan 60 warga komuniti setempat terlibat sama dalam menjayakan program berkenaan. 

PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI BIG FUN ENGLISH

PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI BIG FUN ENGLISH

Usahasama : UTM KL
23 Mac 2018

Pada 23 Mac 2018 yang lalu, CCIN bersama – sama dengan Akademi Bahasa telah mengadakan PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI BIG FUN ENGLISH di kampus UTM Kuala Lumpur. Program melibatkan 15 Staf UTM KL dan  seramai 50 warga komuniti. 

PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI BENGKEL AUTO CAD Usahasama : UTM Dan SMK Tinggi Setapak

PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI BENGKEL AUTO CAD

Usahasama : UTM Dan SMK Tinggi Setapak, 7 Mac 2018 | UTMKL

Suatu program libatsama komuniti antara UTM Kuala Lumpur dengan SMK Tinggi Setapak telah dijalankan pada 7 Mac 2018 bertempat di UTM Kuala Lumpur. Program melibatkan pengendalian kursus AutoCad bagi pelajar – pelajar SMK Tinggi Setapak. Program ini melibatkan seramai 7 orang kakitangan UTM KL, 5 guru dan 15 murid dari sekolah berkenaan.

DIALOG INDUSTRI UNIVERSITI (ZON TENGAH) BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI Usahasama : CCIN UTM KL, 7 Mac 2018, Hotel Hilton Kuala Lumpur

DIALOG INDUSTRI UNIVERSITI (ZON TENGAH) BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI Usahasama : CCIN UTM KL, 7 Mac 2018, Hotel Hilton Kuala Lumpur

CCIN di bawah Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) telah terlibat bersama seramai 500 perwakilan dari industri menyertai dialog bersama dengan YB Menteri Pendidikan Tinggi. Dialog mengambil tempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 7 Mac 2018.

Seramai 10 kakitangan UTMKL dan 500 wakil dari industri telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.

PROGRAM LIBATSAMA PERMATA HATIKU Usahasama : UTM dan Rumah Anak Yatim Permata Hatiku

PROGRAM LIBATSAMA PERMATA HATIKU

Usahasama : UTM dan Rumah Anak Yatim Permata Hatiku

27 Januari 2018 | Rumah Anak Yatim Permata Hatiku

Suatu program libatsama Permata Hatiku antara Universiti Teknologi Malaysia dan Rumah Anak Yatim Permata Hatiku bagi menyantuni anak-anak yatim telah diadakan di Rumah Anak Yatim Permata Hatiku bertempat di Lorong Hj Idris, Batu 4, 1/2, Jalan Gombak, Taman Tai Onn, 53000 Kuala Lumpur pada 27 Januari 2018.

Seramai 5 kakitangan UTMKL, 10 Mahasiswa UTMKL dan 20 warga komuniti setempat telah terlibat untuk menjayakan program berkenaan. Rumah Amal Permata Hatiku (RAPH) ialah sebuah pusat kebajikan dan pendidikan untuk anak yatim, asnaf zakat dan golongan yang memerlukan . Baru bermula pada 25 JULAI 2010 dengan jumlah anak-anak seramai 20 orang terdiri dari umur 8 tahun hingga 19 tahun.

PROGRAM LIBATSAMAREKA BENTUK LAMAN LANSKAP BERASASKAN TEKNOLOGI SIMENFERO Usahasama : UTM dan SK Sentul Kuala Lumpur

PROGRAM LIBATSAMA REKA BENTUK LAMAN LANSKAP BERASASKAN TEKNOLOGI SIMENFERO Usahasama : UTM dan SK Sentul, 27 Januari 2018.

Satu program libatsama reka bentuk laman lanskap berasaskan teknologi simen fero antara UTM KL dan SK Sentul telah di adakan pada 27 Januari 2018 di Sekolah Kebangsaan Sentul 1, Kuala Lumpur. Program melibatkan PIBG SK Sentul 1 dan UPMU AeroLab UTM KL dan pelajar – pelajar kursus Simenfero UKQA2032.

 

Seramai 5 kakitangan UTMKL, 20 mahasiswa dan 20 warga komuniti telah terlibat dalam menjayakan projek tersebut yang berlansung di SK Sentul 1 Kuala Lumpur. 

 

MAJLIS PERASMIAN PROJEK PEMASANGAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN DI MASJID AL-MUTTAQIN Usahasama : UTM dan Komuniti Wangsa Melawati

MAJLIS PERASMIAN PROJEK PEMASANGAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN DI MASJID AL-MUTTAQIN WANGSA MELAWATI KUALA LUMPUR 

Usahasama : UTM dan Komuniti Wangsa Melawati

Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Komuniti Hijau, Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin dan DBKL telah melancarkan Projek ‘Pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan di Masjid Al-Muttaqin’ bertempat di Dewan Serbaguna Al-Muttaqin. Pelancaran projek ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hamdan bin Mohd. Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Wangsa Maju. Turut hadir adalah Prof. Dr. Shamsul bin Sahibudin, Pro-Naib Canselor UTM Kampus Kuala Lumpur.

Dalam penekanan teras strategik universiti iaitu ‘Sumbangan Yang Terbaik Kepada Komuniti’, kepakaran sedia ada di UTM dimanfaatkan demi memenuhi keperluan masyarakat sekitar. Projek sistem penuaian air hujan (SPAH) ini dipohon oleh pihak masjid sebagai langkah penjimatan penggunaan air bersih di Masjid Al-Muttaqin selaras dengan saranan kempen berjimat cermat kerajaan dalam penggunaan air terawat. Menurut ketua projek, Dr. Aznah Nor Anuar daripada Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun, UTM Kampus Kuala Lumpur, projek ini juga bertujuan untuk mendidik komuniti mengenai pengurusan air secara lestari serta memberi peluang kepada pelajar universiti untuk membantu komuniti dengan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari. Projek ini telah mendapat bantuan dana daripada Unit NBOS, Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Majlis tersebut dimulai dengan ceramah khas bertajuk ‘Pengurusan Air Secara Lestari dari Perspektif Islam’ oleh Dr. Mohammad Fathi bin Yusof, Felo Penyelidik (Undang-Undang Islam) di Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), UTM. Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas dan paparan video berkaitan projek oleh Ketua Kumpulan. Di dalam ucapan perasmian YBhg. Datuk Hamdan telah mengucapkan tahniah kepada yang terlibat dan berharap agar program ini menjadi perintis dan memberi aspirasi kepada masyarakat setempat untuk menjimatkan penggunaan air dan berupayamembina sistem yang sama di kawasan masing-masing. Jalinan hubungan libatsama antara pihak universiti dan komuniti juga adalah penting dalam memastikan projek yang dijalankan memberi impak yang tinggi lagi menyeluruh kepada rakyat.

Selain itu, majlis pelancaran ini turut di meriahkan dengan aktiviti pameran oleh syarikat persendirian seperti Auralite (M) Sdn. Bhd. dan I-Controls Solutions (M) Sdn. Bhd. serta agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memberi maklumat kepada yang hadir tentang kepentingan dan manfaat SPAH.

Seramai 200 tetamu telah hadir di majlis tersebut termasuk pemimpin masjid sekitarnya, ketua kawasan penduduk, NGO, pensyarah-pensyarah, guru-guru, pelajar universiti, kolej dan sekolah serta masyarakat setempat. Majlis berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.

JOM RAYA @ SUNGAI BUNUS

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi grup LA21 telah diadakan pada 7 Julai 2018 di Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus melibatkan stake holders terdiri daripada UTM, Bernama, Expressions, PPIM, Elina Bike, Eco Knight, Yayasan Patriot, Eco Green dan Kastam.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama – sama 8 pemegang taruh telah bersetuju untuk menyertai pertandingan dalam Program Kejiranan LA21KL 2018-2020. Pertandingan bagi tahun 2018 bermula Januari 2018 sehingga November 2018.

Salah satu Kriteria Permarkahan Pertandingan Kebun Kejiranan Bandar 2018 adalah dengan mengadakan program yang bercorak ilmiah di kebun bandar Sungai Bunus setiap bulan sepanjang tahun 2018.

Program ini mendapat sokongan penuh UTM dan Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur) Prof. Dr. Shamsul Shahibuddin turut serta meluangkan masa menghadiri program ini seterusnya menyempurnakan gimik penyerahan papan tandanama “Selamat Datang Ke Kebun Bandar Sungai Bunus” sumbangan staf UTM di Kebuh Kejiran Bandar Sungai Bunus.

Program kali ini disertai oleh 50 sukarelawan terdiri dari staf UTM dan Kenanga Inverstment Bank. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian ilmu mengenai penanaman herba yang telah disampaikan oleh Puan Siti Zalita binti Ad Talib, Penolong Jurutera Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I) UTM serta pembuatan baja kompos oleh kakitangan EcoKnights.

Kemasukan Pelajar Baru

Jun 2015 Kemasukan pelajar baru? Tiada lagi kemasukan pelajar diploma baru bagi tahun 2015. Universiti Teknologi Malaysia telah memutuskan untuk menjadi Post grad Universiti, maka tiada lagi pengambilan pelajar baru bagi program Diploma untuk tahun 2015.