Nvidia GTX1060

Perang antara dua syarikat gergasi di dalam penghasilan produk kad grafik ataupun graphic card iaitu AMD dan NVidia adalah berterusan di mana apabila AMD memperkenalkan siri RX 500, Nvidia turut memperkenalkan modelnya sendiri dari keluarga GTX. Di dalam post kali ini, saya akan terangkan berkenaan salah satu dari varian graphic card yang terdapat di pasaran iaitu Nvidia GTX1060. Spesifikasi bagi varian ini boleh dikatakan setara dengan varian AMD RX 570.  Varian ini merupakan varian asas bagi siri GTX. Terdapat pelbagai varian pengeluar bagi siri ini seperti Zotac, Galax, MSI, Palit dan lain-lain.

 

Range harga bagi model GTX 1060 ini setara dengan varian RX 570 dan amat sesuai untuk pengguna atau gamers yang tidak mempunyai bajet yang besar untuk komputer peribadi mereka. Dari semakan pada laman ecommerce terkemuka di Malaysia, julat harga bagi produk ini adalah bermula dari RM619.00 sehinggalah RM1,800.00. Dengan harga yang ditetapkan ini, ramai dari pengguna memilih untuk menggunakan model ini berdasarkan kesesuaian tugasan rutin harian mereka dan mungkin untuk light gaming. Tetapi dari review pengguna, ramai beranggapan lebih berbaloi untuk membeli varian RX 570 dengan promosi harga yang semasa. Tempoh jaminan bagi model ini adalah dari 1 hingga 4 tahun.

Sumber : Portal lelong.my

Sumber : Portal lelong.my

Mari kita lihat spesikasi yang ditawarkan oleh model ini.

Speak Your Mind

*