Philosophy

 

SELF-LEADERSHIP IN HIGHER EDUCATION

 

I began my career as a lecturer at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in December 2023, in the Department of Real Estate, Faculty of Built Environment and Surveying. Becoming a lecturer has been my ambition since I started my degree at UTM, and I am determined to fulfill all the requirements to serve as a lecturer in a public university. After gaining one year of experience in this role, I realized that without equipping myself with strong self-leadership skills, I might not be able to meet all the KPIs and achieve the targeted performance.

From my perspective, self-leadership is the ability to stay focused on achieving our goals by believing in our strengths and complementing them with essential skills such as communication, creativity, critical thinking and emotional control. For example, working in UTM as a lecturer requires fulfilling seven key areas including publication, research, teaching, consultation, supervision, commercialisation and professional service. To perform effectively, it is crucial for a lecturer to manage time wisely to ensure all performance targets are met each year. Although it can be challenging to excel in all these areas within a limited time, a lecturer who remains focused, knows how to prioritize tasks, and has a clear vision of the outcomes to achieve will be able to perform well across all aspects.

This is important for me as I begin shaping my career, because if I fail to manage my time well or prioritize tasks properly, I may overlook one or two key areas. I believe that without a clear plan for my professional growth as a lecturer, I could be left behind by others. Equipping myself with a strong understanding of self-leadership skills will help me manage my responsibilities more effectively, stay motivated to continuously learn and improve, and, most importantly, build networks across the world that will broaden my perspective and enhance the way I approach my work.

I’ve had a passion for teaching since school. Back then, whenever my friends didn’t understand a subject, I was always eager to help them out. That same passion has carried on into my career as a lecturer. My main aim now is to make sure my students really understand what I’m teaching, and to do it in a way that’s interactive and engaging. This passion keeps pushing me to look for better ways to improve my teaching style. I’m always learning new and creative approaches to make my classes more effective and to help my students succeed not just in my course, but throughout their studies.

When it comes to research, my PhD supervisor Assoc. Prof. Dr. Low Sheau Ting really inspired me a lot. I loved the way she guided me on doing research in a right and ethical way. What I admire most is how she never gave up on me, always helpful and always supportive. Because of that, I’ve promised myself that when I become a lecturer, I want to do the same for my students, and I want to make sure my students will feel inspired by my guidance as well.

Throughout my years in UTM as a lecturer, I realized that managing work effectively during the early year was quite challenging. At times, there were many tasks assigned at once that needed to be completed within a short period. I often struggled with how to properly manage these responsibilities. On top of that, my weakness of wanting to make sure everything was done perfectly only made things even harder for me. But I always asked for advice from my mentor and friends to learn from them and improve the way I managed my work effectively.

In the next ten years, I see myself as someone who stays committed to every task given to me. With my passion for teaching, I want to grow into a lecturer who’s really good at delivering lessons in innovative and creative ways. I also hope to inspire new lecturers by showing them how self-leadership skills can make a big difference in managing their work more effectively.

I want to continuously learn from senior lecturers, especially on how to be a good principal investigator for research or consultation projects. I also want to learn from them by observing how they build professional networks across the globe. I believe this is really important for me to develop my credibility as a lecturer. At the same time, I will strive to take part in teaching competitions that can encourage and motivate me to grow as a better educator while contributing to the field of real estate. By doing so, I hope I can create an impact not only locally but also regionally and internationally whether it’s by helping my students succeed, working with industry partners in Malaysia or sharing my research and teaching ideas at international conferences and publications. In the long run, I want these efforts to position me as a lecturer who contributes meaningfully to the growth of real estate education and practice worldwide.

To apply self-leadership principles in my professional and personal journey, I will begin with goal setting by creating clear short-term and long-term targets that guide my work as a lecturer and researcher. This helps me stay focused on what I want to achieve and avoid being distracted by less important tasks. Through regular self-reflection, I will evaluate my progress, identify weaknesses such as time management or overcommitting, and think of practical ways to improve. At the same time, I will recognize and sustain my strengths, such as my passion for teaching and willingness to learn, so I can continue building on them. Self-regulation will play a role in managing my emotions and maintaining discipline, especially when faced with heavy workloads or setbacks, allowing me to stay professional and consistent. Finally, by practicing self-motivation, I will keep myself inspired to grow, whether by seeking new knowledge, joining professional activities, or connecting with others in the field. Altogether, these principles will help me overcome challenges, enhance my strengths, and continuously refine both my professional career and personal growth.

 

ADAB DAN ETIKA SEBAGAI PENDIDIK

 

Sebagai seorang pensyarah, sopan santun dalam komunikasi lisan dan penulisan memainkan peranan yang penting dalam memastikan hubungan yang berkesan dengan pelajar, rakan sejawat, pihak pengurusan dan masyarakat akademik. Antara contoh sopan santun dalam komunikasi lisan dan penulisan adalah termasuk penggunaan perkataan atau bahasa yang mudah difahami, jelas dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak serta memastikan maklumat yang dikongsikan adalah benar dan tepat. Jika seorang pensyarah tidak mementingkan konsep sopan santun dalam komunikasi, ia boleh menimbulkan salah faham, menjejaskan reputasi profesional, merosakkan hubungan baik dengan pelajar dan rakan sekerja, serta mengurangkan keberkesanan penyampaian ilmu. Merujuk kepada Kod Etika Profesional UTM, Staf Universiti dikehendaki menyampaikan pandangan secara lisan atau bertulis dengan bersopan santun serta beradab. Sebagai contoh dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan, seorang pensyarah hendaklah menghormati masa pelajar dengan memberikan maklum balas berkenaan keputusan ujian dan penilaian dalam tempoh masa yang sewajarnya dan tidak menunggu hingga minggu akhir pengajian. Maklum balas yang diberikan tepat pada masanya membolehkan pelajar mengenal pasti kelemahan, memperbaiki kesalahan, serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap subjek yang diajar. Tindakan ini bukan sahaja membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga mengukuhkan amalan komunikasi berkesan antara pensyarah dan pelajar.

Penampilan diri yang profesional amat penting bagi seorang pensyarah kerana ia memberi kesan langsung terhadap pelajar, pihak berkepentingan dan seterusnya mempengaruhi imej universiti secara keseluruhan. Penampilan profesional bukan sahaja merangkumi keterampilan diri, tetapi turut melibatkan tingkah laku, gaya komunikasi, personaliti diri serta etika berpakaian. Sebagai pensyarah di UTM, penampilan diri yang profesional mencerminkan kredibiliti universiti sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi terkemuka di Malaysia dan antarabangsa. Contohnya, pensyarah UTM hendaklah mematuhi piawaian pemakaian seperti yang digariskan dalam Buku Panduan Etika Berpakaian dan Penampilan ke Pejabat 2024, agar wujud keseragaman dalam berpakaian serta melahirkan imej korporat UTM yang lebih baik. Kegagalan seorang pensyarah untuk mengekalkan penampilan profesional boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pelajar, mengurangkan rasa hormat terhadap pensyarah dan menjejaskan kewibawaan akademik. Seiring dengan VISI UTM untuk menjadi sebuah universiti yang menyediakan Perkhidmatan Pendidikan dan Penyelidikan Bertaraf Dunia, penampilan diri profesional akan dapat membantu terutamanya pensyarah untuk mencerminkan kredibiliti dan membentuk budaya keterampilan diri yang cemerlang bagi meningkatkan keyakinan dan persepsi masyarakat yang berurusan dengan warga kerja UTM. Seperti kata pereka fesyen terkenal Tom Ford, “Dressing well is a form of good manners.” Kata-kata ini amat bertepatan dalam konteks profesion pensyarah kerana cara berpakaian yang baik mencerminkan keperibadian, rasa hormat dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab akademik.

Amalan integriti, profesionalisme dan amanah merupakan komponen penting yang perlu difahami serta dipatuhi oleh setiap pensyarah, khususnya ketika melaksanakan tugas pengajaran, penyelidikan, penerbitan, penyeliaan dan pentadbiran di institusi pendidikan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan. Sebagai contoh, seorang pensyarah hendaklah memastikan proses pengajaran dilaksanakan dengan sempurna agar pelajar dapat memahami ilmu yang disampaikan dengan jelas, termasuk dari aspek penggunaan bahasa, intonasi serta contoh yang sopan dan bersesuaian. Selain itu, pensyarah juga perlu memastikan setiap kerja penyelidikan dijalankan secara telus, terutamanya apabila melibatkan dana atau geran penyelidikan yang telah dianugerahkan oleh pihak berkepentingan. Setiap tuntutan yang dibuat hendaklah telus. Pensyarah juga hendaklah menjauhkan diri daripada amalan rasuah, khususnya dalam tugas penyeliaan pelajar, di mana proses penilaian mestilah dijalankan dengan adil, telus dan bebas daripada sebarang konflik kepentingan.

Seterusnya adalah berkenaan profesionalisme. Profesionalisme bermaksud kepakaran dalam melaksanakan sesuatu tugas. Pada masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran telah beralih daripada bentuk pasif kepada bentuk aktif dengan sokongan pelbagai alat komunikasi dan teknologi canggih. Oleh itu, seorang pensyarah hendaklah sentiasa berusaha mengemaskini serta memperkaya pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mengikut perkembangan semasa agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Tambahan pula, penyediaan bahan pengajaran yang terkini serta penyampaian kuliah secara sistematik dan berkesan turut mencerminkan tahap profesionalisme seorang pensyarah di universiti.

Amanah merupakan nilai peribadi asas yang perlu diterapkan oleh semua penjawat awam di Malaysia. Amanah merujuk kepada pelaksanaan tugas berdasarkan kepercayaan dan batas kuasa yang diberikan. Sebagai contoh, seorang pensyarah hendaklah sentiasa bersedia membantu pelajar yang memerlukan bimbingan dalam pembelajaran. Selain itu, antara tanggungjawab pensyarah termasuklah memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara. Sebagai contoh, pensyarah tidak boleh mengambil sebahagian daripada emolumen yang diberikan kepada pelajar penyelidik yang membantu dalam melaksanakan kerja-kerja penyelidikan. Pensyarah juga tidak boleh menggunakan hasil kerja pelajar untuk kepentingan peribadi. Tindakan sedemikian bukan sahaja menjejaskan persepsi pelajar terhadap pensyarah, malah turut menggambarkan sifat tidak amanah yang boleh menurunkan kredibiliti seorang pensyarah.

Penghayatan terhadap nilai adab, etika, integriti, profesionalisme dan amanah dalam kerjaya akademik adalah sangat penting kerana ia akan menjadi asas dalam membentuk pembangunan peribadi seorang pensyarah di samping membantu pensyarah untuk menjalankan tugas dengan lebih baik. Namun begitu, nilai-nilai ini sering kali berdepan dengan cabaran disebabkan oleh tekanan kerja, persaingan akademik serta tuntutan pencapaian tertentu. Justeru, setiap pensyarah perlu mempunyai dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk memastikan nilai-nilai tersebut sentiasa diamalkan dalam apa jua keadaan. Sekiranya nilai ini dipraktikkan secara konsisten, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan, malah turut menyumbang kepada pembentukan budaya akademik yang positif. Akhirnya, penghayatan nilai tersebut akan memperkukuh reputasi pensyarah serta menaikkan imej institusi di mata masyarakat.

Untuk memperkukuh amalan nilai adab, etika, integriti, profesionalisme dan amanah dalam kerjaya akademik, beberapa langkah strategik yang konsisten dan berkesan boleh diambil. Pertama, seorang pensyarah hendaklah memastikan segala tugas pengajaran, penyelidikan, penerbitan, penyeliaan dan pentadbiran dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus serta berlandaskan prinsip integriti agar setiap keputusan dan tindakan tidak melanggar mana-mana peraturan. Kedua, seorang pensyarah perlu sentiasa menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini dengan mengikuti kursus, bengkel, seminar atau latihan profesional supaya pendekatan pengajaran yang digunakan relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan pelajar masa kini. Selain itu, pensyarah juga perlu menampilkan sikap profesional melalui keterampilan diri, disiplin, penggunaan bahasa yang sopan, serta rasa hormat terhadap kepelbagaian pandangan pelajar kerana hal ini bukan sahaja menjadikan pensyarah seorang yang dihormati tetapi juga teladan yang baik untuk diikuti oleh pelajar. Di samping itu, pensyarah wajar melibatkan diri secara aktif dalam program universiti dan aktiviti khidmat masyarakat kerana penyertaan ini bukan sahaja dapat memperkukuh jaringan profesional tetapi turut memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat setempat. Seterusnya, pensyarah perlu mengamalkan sikap reflektif dengan menilai kelemahan diri, menerima kritikan secara positif serta berusaha memperbaiki mutu kerja dari semasa ke semasa supaya kualiti pengajaran dan penyelidikan dapat terus dipertingkatkan. Melalui langkah-langkah ini, seorang pensyarah pasti dapat membina kredibiliti sebagai tenaga akademik yang berwibawa, dihormati dan memberi impak positif bukan sahaja kepada universiti, malah juga kepada pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya.

Scroll to Top