Select Page

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.10/2020 yang bersidang pada 30 April 2020 telah meluluskan Cadangan Agihan Peruntukan Dana RU kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) Perpustakaan UTM sebanyak RM2 juta. Agihan ini bertujuan untuk menguruskan pembayaran tuntutan insentif penerbitan tahun 2020 bagi menjayakan Program Penerbitan Penyelidikan Jurnal Berindeks. Program ini adalah untuk meningkatkan daya saing antara staf akademik bagi menghasilkan penerbitan yang berkualiti tinggi serta memastikan UTM mengekalkan prestasi dan kecemerlangan sebagai Universiti Penyelidikan. Ahli mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti  juga bersetuju mulai 1 Januari 2020, penerbitan yang diterbitkan pada Tahun 2020 layak mendapat pembayaran insentif seperti kadar berikut:


Quartile 1 atau Quartile 2 = RM 2,500.00 per artikel
Quartile adalah berdasarkan data Journal Citation Report (JCR) tahun semasa
Semakan permohonan tuntutan insentif penerbitan 2020 yang didaftarkan di dalam Sistem RADIS adalah berkonsepkan First Come First ServeIanya berdasarkan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan dalam Polisi Penerbitan dan Insentif Penerbitan UTM pindaan 2017 (https://registrar.utm.my/governan/files/2019/07/Polisi-Penerbitan-dan-Insentif-Penerbitan-UTM.pdf)

Kelulusan tuntutan pembayaran insentif penerbitan 2020 adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan agihan tahun 2020.