Student-centered atau active-learning membantu menghidupkan kelas online, berbanding kuliah sepenuhnya dari pensyarah. ..[post ini sedikit panjang, untuk berkongsi idea on active-learning yg saya praktikkan, moga bermanfaat kepada rakan2 yg berkenaan]..Alhamdulillah, berikan ruang dan lihat sisi positif yang Allah sediakan dalam tempoh PKP yg memaksa pensyarah melaksanakan kuliah sepenuhnya secara online. Design aktiviti kelas dengan sebaiknya, ianya boleh menjadi lebih baik dari kuliah semasa f2f. Dalam tempoh 5 minggu pertama, saya menekankan peer-to-peer teaching (the highest in learning pyramid). Antara design/aktiviti yang dijalankan:1. Pecahkan pelajar kepada kumpulan, lantik ketua.2. Sebelum kelas, berikan ramakan video yang menerangkan topik yang akan kita akan cover untuk mereka lihat secara individu (secara ringkas dan padat berdasarkan lecture slide). Ini dapat mengelakkan kita perlu memberi kuliah penuh kepada pelajar didalam kelas nnti, yang mungkin menyebabkan mereka buat kerja lain dan kita seperti bercakap sendirian 3. Dalam lecture slide juga terdapat example yang saya panggil complex-example. saya minta pelajar untuk membincangkan complex-example ini bersama kumpulan masing2 sebelum kelas (peer teaching pertama).4. Dalam kelas, aktiviti pertama ialah go through the lecture slide secara sekali lalu untuk pelajar boleh bertanya dimana-mana yang mereka tak berapa faham (very quick review tidak lebih 15 minit). Lebih fokus pada discussion dari memberi kuliah. 5. Aktiviti ke-2 dalam kelas, pilih group (kaedah pilih group yg saya gunakan akan dikongsikan pada post yang lain insyaAllah) untuk kongsikan apa yg mereka faham on the complex-example kepada seluruh kelas (peer teaching ke-2). Kita akan tambah2 mana yg kurang untuk pastikan takde point tertinggal. 6. Aktiviti ke-3, pecahkan pelajar kepada kumpulan mereka (breakout room), dan minta mereka selesaikan latihan yang kita telah sediakan (peer teaching ke-3).7. Come back to the main room dan pilih kumpulan untuk kongsikan jawapan mereka. Tambah2 dan jelaskan mana yg perlu on top of penerangan dari kumpulan yg dipilih (peer-teaching ke-4).8. Sediakan latihan tutorial untuk mereka buat bersama kumpulan mereka diluar kelas, dan akan pilih kumpulan untuk share di kelas seterusnya (kelas tutorial). Latihan ini saya ambil dari past year test/final exam untuk mereka dapat feel bagaimana soalan final/test nnti. Alhamdulillah, feedback dari 2 semester melaksanakan kelas online dengan cara ini adalah amat baik. This week, kita akan buat aktiviti yg lebih menarik (mencabar) — jigsaw. Moga Allah permudahkan. Moga bermanfaat, Kerana Tuhan Untuk Manusia