Syed Abd Rahman Syed Abu Bakar:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera / Warm Greetings.
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tn./Pn./Saudara,
- Skim Tuntutan Caj Pemprosesan Artikel (APC) bagi Penerbitan Jurnal Berindeks Q1 dan Q2 Fakulti Kejuruteraan adalah merupakan program dalam usaha untuk mempertingkatkan pencapaian hasil penyelidikan. Adalah diharapkan agar program ini dapat memberi motivasi dan galakan kepada penyelidik yang memenuhi syarat untuk terus menghasilkan penerbitan yang berkualiti bagi memenuhi Key Amal Indicator (KAI) UTM.
- Permohonan skim tuntutan ini hanya terhad kepada pembiayaan yuran penerbitan jurnal berindeks Q1 dan Q2 yang diiktiraf oleh WoS sahaja. Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 April 2022.
- Peruntukan maksimum ialah sebanyak RM2,000.00 sahaja bagi setiap satu (1) penerbitan artikel dalam jurnal berindeks Q1 dan Q2. Tuntutan ini adalah terhad kepada 50 pemohon terawal atau sehingga pembubaran Fakulti Kejuruteraan UTM.
- Skim tuntutan ini adalah terhad kepada pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan bergantung kepada baki peruntukan.
- Syarat-syarat kelayakan bagi permohonan ini adalah tertakluk kepada ahli akademik Fakulti Kejuruteraan yang:
a. Kelayakan hanya diberikan kepada staf akademik jawatan DS54 ke bawah yang berdaftar di bawah Single Discipline Research Group (SDRG) SAHAJA.
b. Merupakan UTM First Author/ Corresponding Author bagi artikel terbabit.
c. Tidak mempunyai geran penyelidikan (lampirkan bukti usaha mendapatkan geran tetapi masih tidak berjaya); atau tidak mempunyai baki yang mencukupi dari geran sedia ada untuk membayar yuran penerbitan; atau yuran penerbitan melebihi had kelayakan pengeluaran melalui geran yang ditetapkan oleh UTM.
d. Permohonan akan diproses mengikut first come first serve basis. Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada pemohon bantuan kali pertama dan penerbitan dalam jurnal paling berimpak tinggi / kuartil tertinggi.
e. Mengemukakan bukti penerbitan: DITERIMA dan akan DITERBITKAN di dalam jurnal berindeks Q1 dan Q2 WoS (rujuk bukti seperti diperlukan oleh sistem JCR bagi pengesahan penerbitan).
- Kaedah permohonan bagi Skim Tuntutan Caj Pemprosesan Artikel (APC) adalah seperti berikut:
a. Permohonan boleh dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan setelah mendapat bukti penerimaan penerbitan artikel daripada jurnal berindeks Q1 dan Q2 WoS. Artikel mestilah berstatus accepted bermula 1 Januari 2022.
b. Sila kemukakan resit asal pembayaran yuran penerbitan jurnal sebagai bukti pembayaran yuran penerbitan artikel dalam jurnal berindeks Q1 dan Q2 yang dimohon di 6a.
c. Sila kemukakan borang permohonan ke Pejabat TDPI dalam satu (1) salinan. Borang permohonan ini hendaklah diisi dengan lengkap berserta lampiran-lampiran yang diperlukan.
d. Bayaran akan dibayar terus oleh UTM ke akaun penyelidik setelah proses permohonan lengkap diproses dan memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan.
e. Pihak pengurusan fakulti berhak untuk membatalkan permohonan yang telah diluluskan atas sebab-sebab yang tertentu.
f. Keputusan kelulusan permohonan adalah muktamad.
Syed Abd Rahman Syed Abu Bakar:
? BORANG_PERMOHONAN_SKIM_TUNTUTAN_CAJ_PEMPROSESAN_ARTIKEL_APC_BAGI.pdf
Borang Permohonan