Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kaunseling UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTMKL akan mengadakan Counsel Webinar: Pengurusan Tekanan di Tempat Kerja: Dapatkah Anda Bertahan? Siri 1/2020 istimewa untuk warga Universiti Teknologi Malaysia yang berdaftar dengan kami. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan bagi peningkatan pemahaman bagaimana mengurus beban kerja dengan lebih baik, beradaptasi dengan persekitaran kerja dengan lebih bijak dan dapat menguruskan tuntutan tugas daripada organisasi dengan lebih efisien dan sejahtera.
Bagi mengikuti Counsel Webinar ini, anda perlu mendaftar di link yang disediakan. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 22 Julai 2020 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Medium: GoogleMeet
Link Pendaftaran: https://bit.ly/3h39bvn