Select Page

Penyelidik/Staf Akademik Fakulti Kejuruteraan yang dihormati,

Merujuk kepada email pemakluman Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) FASA 1/2022 pada 20 Disember 2021 dan tarikh akhir bagi permohonan geran FRGS adalah pada 20 Januari 2022 (Khamis), pihak Fakulti Kejuruteraan mengambil inisiatif mengadakan Klinik Permohonan Geran FRGS 2022 bagi membimbing, memberi khidmat nasihat dan tunjur ajar atas penulisan proposal bagi meningkatkan peratusan kejayaan permohonan geran dengan bantuan fasilitator berpengalaman. Klinik ini akan dilaksanakan menggunakan pendekatan one to one coaching. Staf yang berminat hendaklah menyediakan draf proposal masing-masing sebelum mengikuti klinik ini.


Klinik Permohonan Geran FRGS 2022 Fakulti Kejuruteraan ini akan diadakan secara atas talian mengikut ketetapan berikut:

Hari PertamaTarikh : 12 Januari 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Aplikasi : Online Webex (https://bit.ly/3F9j9qH)

Hari KeduaTarikh : 13 Januari 2022 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Aplikasi : Online Webex (https://bit.ly/3zFdSGi)

Peserta yang hadir boleh mengikuti slot dan fasilitator berdasarkan jadual di bawah. Kehadiran semua adalah sangat digalakkan dan peserta yang berminat boleh mendaftar kehadiran pada link tersebut https://forms.gle/vp46PEJ62XXXqiEKA. Bagi SKA, SKT dan SKBSK, klinik diadakan di bawah kelolaan sekolah masing-masing.