Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Iskandar Regional Development Authority(IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment komited untuk meningkatkan dan mengiktiraf usaha rendah karbon dalam kalangan Komuniti Iskandar Puteri. Sehubungan itu, kami mengalu-alukan kertas kerja cadangan bagi pelaksanaan inisiatif rendah karbon dalam kalangan komuniti. Berikut merupakan maklumat bagi penawaran geran
Bidang keutamaan:
Kesukarelawanan dan Penglibatan Komuniti
Pendidikan, Kesedaran Awam dan Gaya Hidup Sehat
Infrakstruktur Hijau (Penjimatan Tenaga/ Tenaga boleh diperbaharui)
Pengurusan Sisa yang Mampan
Tarikh Akhir Permohonan:16 September 2021, 5:00 petang.
Permohonan dibuka kepada semua pihak yang berminat untuk menjalankan projek rendah karbon dalam kawasan MBIP.
Peruntukan geran sehingga RM 15,000.00
Layari pautan ini untuk maklumat lanjut : https://bit.ly/geranIPRK
Borang dan Garis Panduan Permohanan Geran
Sesi taklimat pembukaan geran akan diadakan pada
24 Ogos 2021
2 Petang
https://bit.ly/taklimatIPRK