Keyword: Samsung Secondhand Phone, Samsung Malaysia Warranty
Baru-baru ini, talifon bimbit mula rosak dan perlu diganti baru. Jadi Samsung Galaxy S10 plus dipilih untuk menjadi talifon bimbit seterusnya. Akan tetapi, talifon bimbin ini, walaupun versi lama, masih mahal (RM2800). Jadi, talifon terpakai dipilih.
Akan tetapi, ramai rakan-rakan yang membeli telefon bimbit Samsung Singapore set. Maksudnya, telefon bimbit ini adalah recon. Jika terbeli talifon bimbit jenis singapore set, warranty dia tidak boleh digunakan di Malaysia [sumber dari Samsung Center Malaysia]. Jika ingin menggunakan warranty, perlulah pergi ke Singapura.
Jadi, selepas mencari di laman web, tiada cara yang sahih untuk semak samada warranty telefon ini adalah untuk Malaysia atau Singapura. Selepas menalifon Samsung Center, mereka mengatakan 1 cara untuk mengesan warranty Malaysia:
Setting > About Phone > Regulatory Information (pilihan ke tiga) > Tertulis “MCMC”
Jika tiada MCMC, maka bukan warranty Malaysia.

Jadi pergilah ke Johor Bahru mencari telefon bimbit terpakai. Memang banyak Singapore set sebenarnya. Amatlah mengecewakan.
Jadi, pergilah ke kedai di U-Mall, Taman Universiti. Ada 1 kedai selalu pergi, memang kedai ini jual telefon asli (4 telefon bimbit sudah dibeli disini). Dia kata memang ada, original Malaysia warranty, dan belum register walaupun terpakai. Masa itu sudah hampir pukul 1, hari Jumaat, terlupa la hendak semak MCMC. Sebab pelanggan dia sudah 10 tahun, tidak pernah tipu, jadi percaya, terus angkat.
Lepas sembahyang jumaat, balik rumah, format telefon bimbit ini, takut ada spyware. Lepas format, keluar MySingtel dan SGSecure. Ini bermakna phone ini adalah Singapore Set. Yang sakitnya Singapore set (RM1600) harganya lebih murah berbanding Malaysia set (RM2000). Tapi dia jual phone Singapore set ini RM2000. Minta kurang dapat RM1900, itu pun sebab charger dia tidak berikan.

Sebenarnya tidak perlu format untuk dapat tahu Singapore set. Ada 1 lagi cara untuk menyemak Singapore Warranty.
Setting > Apps > Search MySingtel (simbul kanta pembesar)
Jika ada, maksudnya Singapore Set.

Singapore set juga ada ditulis e-warranty pada kotak (sumber dari sebuah kedai di Gaint Tampoi). Jadi perlu hati-hati.
Jadi kesimpulannya, berhati-hati apabila beli talifon samsung terpakai. Takut dapat Singapore Set. Tiada warranty la jawabnya. Lagi teruk juka ianya dijual dengan harga Malaysia set. Harap ilmu ini dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.