Dimaklumkan bahawa proses pembangunan sistem RADIS 4.0 (pengurusan projek penyelidikan) telah selesai dilaksanakan. Oleh yang demikian, Penyelidik boleh membuat permohonan semua jenis aktiviti berkaitan penyelidikan melalui RADIS 4.0 (http://newradis.utm.my).
– Modul Rekod (pengurusan ketua dan ahli penyelidik)
– Modul Aktiviti (dalam negara)
– Modul Lantikan
– Modul Pemantauan (laporan perkembangan dan laporan akhir)
– Modul Pindahan Peruntukan (Virement)
– Modul Perlanjutan Tempoh Penyelidikan
Dimaklumkan juga Sistem RADIS 3.0 (pengurusan projek penyelidikan) akan ditutup sepenuhnya.
Mohon penyelidik mengambil maklum mengenai perkara ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan,boleh hubungi Research Manager / Assistant Research Manager untuk bantuan selanjutnya.