Date: 18 July 2017

Venue: Computer Lab, Level 15, Razak Tower, UTMKL

Time: 8.30 am – 4.30 pm

BENGKEL WEBSITE RESEARCH GROUP DAN STAF AKADEMIK

Untuk makluman semua website induk UTM Razak School versi baharu akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun begitu masih terdapat maklumat penting dalam website lain dan website peribadi yang berkaitan masih belum dikemaskini. Oleh itu, mohon jasa baik Prof/PM. Dr./Dr./Tuan/Puan hadir ke Bengkel Website pada tarikh dan masa berikut: –

Tarikh : 18 Julai 2017 (Selasa)
Masa : 8.30 pg hingga 5.30 ptg
Tempat : Makmal Komputer Tingkat 15, Menara Razak
Fasilitator : En. Mohd Sharul Hafiz bin Razak (Pegawai IT HEK UTMJB)

Tentatif program bengkel ini adalah seperti yang dilampirkan dan semua Ketua RG perlu menunjukkan hasil website masing-masing yang dibangunkan pada akhir bengkel berkenaan.

Untuk makluman, kehadiran Prof/PM. Dr./Dr./Tuan/Puan ke bengkel ini akan dicatatkan ke sebagai mata CPD. Website yang dibangunkan nanti juga boleh digunakan untuk tujuan mata webometrik dan rujukan untuk sebarang kenaikan pangkat.

 

 

 

Back      Previous      Next