PROGRAM PEMBUDAYAAN ILMU SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

Pada 31 Mac 2021, (Rabu) jam 9.15 pagi, pihak Pengurusan UTMDigital dan Kelab BUDI telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu Sempena Menyambut Ramadhan.  Program tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat UTMDigital.

Program bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis diikuti oleh Bacaan Doa oleh Encik Mohd Khairi bin Hassan.  Ceramah menyambut Ramadhan telah disampaikan oleh YBhg Shaykh Imran Angullia Al-Hafiz daripada Erth Al-Mustafa Organisation.

Majlis diteruskan dengan Upacara Sambutan Hari Jadi untuk staf UTMDigital yang lahir pada bulan Januari hingga April. Majlis Perpisahan untuk Prof Madya Ts. Dr Murtadha bin Mohamad juga telah diadakan dimana tempoh lantikan beliau tamat pada 31 Mac 2021.  Warga UTMDigital mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan beliau kepada UTMDigital dan semoga beliau terus maju jaya pada masa hadapan.

PERSARAAN TUAN HAJI ROSLAI BIN PAIMIN

3 Mac 2021 adalah hari terakhir Tuan Haji Roslai bin Paimin berkhidmat di UTM kerana akan mula bersara wajib pada 4 Mac 2021.  Beliau telah berkhidmat di UTM selama 32 tahun.   

Tuan Haji Roslai bin Paimin mula berkhidmat di UTM pada 16 Mac 1987 sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 di Institut Sains Komputer (ISK) UTM Kuala Lumpur, dan di penghujung tahun 1989 beliau telah berpindah ke UTM Johor Bahru.  

Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) pada 8 Jun 1995 dan diakhir perkhidmatan beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F54) dengan gelaran Timbalan Pengarah (Strategik) sejak 30 September 2019.

Sepanjang perkhidmatan, Tuan Haji Roslai bin Paimin telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1989, Anugerah Khidmat Kepujian Universiti dalam tahun 1997 dan Anugerah Jasa Bakti pada tahun 2007 serta Anugerah Jasa Setia bagi tahun 2017. Pihak UTMDigital mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Roslai bin Paimin di atas jasa-jasa dan sumbangan beliau terutamanya UTMDigital khasnya dan UTM.  Semoga Tuan Haji Roslai bin Paimin sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan ceria setelah bersara.

This image has an empty alt attribute; its file name is 0c891154-f25e-463b-985b-a59b930d711e-1.jpg

STAF BARU MELAPOR DIRI

Pihak UTMDigital mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang  kepada  seorang staf baru iaitu Encik Muhammed Syukry Bin Ismail, berjawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) (Tetap).  Beliau telah melapor diri pada 21 Mac 2021 (Ahad) di Bahagian Sumber Manusia, UTMDigital dan di tempatkan di Bahagian Inovasi Digital (DDI).

Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama yang baik kepada Encik Muhammed Syukry Bin Ismail untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada UTMDigital khususnya dan UTM.

PERSARAAN STAF UTMDIGITAL

Pada 31 Januari 2021, merupakan tarikh terakhir untuk Puan Zaiton binti Salimon dan Puan Anora binti Mat Emrin berkhidmat di UTM khususnya di UTMDigital kerana mereka bersara pilihan mulai 1 Februari 2021.   Sedikit latar belakang mengenai kedua-dua staf tersebut.

Puan Zaiton mula berkhidmat di UTM Kuala Lumpur pada 11 Disember 1989 sebagai Penolong Pegawai Sistem Maklumat (FA05) secara tetap selepas dilepaskan dengan izin perkhidmatan dari Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia). Beliau telah ditukar sementara ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (FA41) pada 3 Januari 2000 sebelum dilantik ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (FA41) pada 22 Disember 2000. Diakhir persaraan beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (FA48).

Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya, beliau mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang ICT dan telah berjaya membangun dan mengendalikan sistem-sistem. Beliau juga merupakan seorang staf yang amanah, berdedikasi dan bertanggungjawab. Beliau telah menerima Anugerah Staf Cemerlang 2016 – Anakku Shazali dan membentang kertas kerja SERVIS AWAN UTM PEMBUKA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 – PERSPEKTIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA di Konvensyen Pentadbir UTM pada tahun 2017. 

Puan Anora binti Mat Emrin pula telah berkhidmat di UTM Johor Bahru selama 35 tahun bermula pada tahun 1986 sebagai Operator Komputer (F17). Beliau telah ditempatkan di Unit Mainframe dan tugas beliau pada masa tersebut adalah mengendalikan Sistem Operasi Mainframe untuk kegunaan semua warga kampus staf dan pelajar.

Pada tahun 2001, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan F29 (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) secara KPSL memandangkan pihak JPA telah menjumudkan jawatan Operator Komputer.  Sejak itu, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai perkhidmatan helpdesk Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatan.

Sepanjang beliau bertugas, beliau telah menerima Anugerah Kepujian Universiti pada tahun 1997, Anugerah Cemerlang Universiti 2015 dan Anugerah Staf Cemerlang CICT 2018. Pihak UTMDigital mengucapkan Tahniah dan berbanyak terima kasih kepada Puan Zaiton binti Salimon dan Puan Anora binti Mat Emrin di atas segala jasa semasa dalam perkhidmatan di UTMDigital, dan semoga dapat mengecapi kehidupan baru dengan lebih ceria, sihat dan tenang.

WARGA BARU DI TAHUN BAHARU

Pada 3 Januari 2021 (Ahad), pihak UTMDigital telah menerima kehadiran seorang staf baru melapor diri iaitu ENCIK MUHAMAD SYAHMI BIN MOHAMAD FADZLI berjawatan sebagai JURUTEKNIK KOMPUTER (FT19) (Tetap).

Sehubungan dengan itu, semua staf diharap dapat memberikan kerjasama kepada beliau untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan nama baik UTMDigital khususnya dan UTM. Pihak UTMDigital juga mengucapkan Selamat Datang  kepada ENCIK MUHAMAD SYAHMI BIN MOHAMAD FADZLI dan semoga dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada UTMDigital.

WARGA BARU UTMDigital

Pihak UTMDigital mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang  kepada  dua orang staf baru iaitu Encik Muhammad Hamizan bin Mohd Amin dan Puan Noraini binti Hazes@Aziz, berjawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) (Tetap).  Mereka telah melapor diri pada 20 Disember 2020 (Ahad) di Bahagian Sumber Manusia, UTMDigital.

Encik Muhammad Hamizan bin Mohd Amin        Puan Noraini binti Hazes@Aziz  

Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama yang baik kepada mereka untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada UTMDigital khususnya dan UTM. 

STAF BARU MELAPOR DIRI

Pihak UTMDigital telah menerima kehadiran seorang staf baru iaitu Encik Ahmad Faiz Bin Abdul Hamid berjawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) (Tetap) yang melapor diri pada 1 Disember 2020 (Selasa).

Semoga semua staf diharap dapat memberikan kerjasama kepada beliau untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan nama baik UTMDigital khususnya dan UTM. 

Pihak UTMDigital juga mengucapkan Selamat Datang  kepada Encik Ahmad Faiz Bin Abdul Hamid dan semoga dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada UTMDigital.

Encik Ahmad Faiz Bin Abdul Hamid

BENGKEL UTM IDENTIFICATION (UTMID)

UTM Identification (UTMID) adalah pengenalan unik yang diberikan kepada pengguna sebelum dibenarkan untuk mengakses perkhidmatan ICT termasuk rangkaian UTM, UTMWiFi, Portal MyUTM dan UTMSmart.  Buat masa ini, UTMID hanya disalurkan untuk pelajar dan kakitangan yang berdaftar.  UTMID juga digunakan sebagai ID e-mel rasmi untuk kakitangan dan pelajar. 

Bengkel UTMID telah  diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 21 September 2020 dan 22 September 2020 (Isnin – Selasa).   Seramai 25 orang peserta bengkel yang terdiri dari staf UTMDigital, Johor Bahru dan tiga orang perserta daripada UTMDigital, Kuala Lumpur.  2 orang Fasilitator bengkel iaitu Prof Madya Dr. Syed Norris bin Syed Abdullah dan Encik Nik Kamal Izuddin Bin Nik Ibrahim

Objektif bengkel UTMID adalah untuk menyelesaikan masalah UTMID sediaada, memurnikan proses kerja pemberian UTMID kepada pelajar baharu, penambahbaikan kepada sistem UTMID, membuat operasi pembersihan data dan menyemak, menyediakan dan mengemaskini maklumat berkaitan perkhidmatan ICT. Hasil dari bengkel ini adalah UTMDigital akan berupaya menyelesaikan permasalahan berkaitan UTMID kepada pelajar, menyediakan carta alir proses kerja pemberian UTMID kepada pelajar baharu, menghebahkan maklumat terkini perkhidmatan ICT melalui emel pemakluman dan laman web yang telah dikemaskini dan hanya rekod pelajar aktif sahaja yang ada dalam sistem Lightweight Directory Access Protocol (LDAP).

LAWATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) DAN SESI TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN TEKNOLOGI TERKINI

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah menerima tetamu VIP iaitu Naib Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Profesor Ir. Ts. Dr. R. Badlishah bin Ahmad dan Ir. Dr. Annuar Mat Safar, Ketua Jabatan UNIMAP digital.  Beliau telah diringi oleh Pengarah Urusan, Syarikat Aruba Networks a Hewlett Packard Enterprise, Encik Julian Chow dan Pengarah Urusan, Strategic Alliance Sdn. Bhd. Encik Khairul Nizam Saud, pada 4 Oktober 2020 jam 3.00 petang  selepas mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Naib Canselor UTM.  Lawatan ini diadakan di Bilik HIK Vision, UTMDigital.

Lawatan ini bertujuan bagi berkongsi perkembangan terkini mengenai teknologi yang boleh digunapakai bagi memperkasa dan memantapkan tahap capaian jaringan komunikasi universiti.

Aruba Hewlett Packard Enterprise merupakan syarikat teknologi maklumat yang berfokuskan kepada perkakasan dan perisian sistem rangkaian dan antara syarikat pengeluar rangkaian yang terbaik dan diiktiraf di dalam “Gartner Magic Quadrant”.

Setelah selesai sesi taklimat, perasmian bilik Aruba telah diadakan.  Bilik Aruba tersebut telah ditaja oleh Aruba HPE sebagai tanda kerjasama di antara UTMDigital dan pihak Aruba HPE. Semoga lawatan ini memberi peluang atas kolaborasi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dan mengeratkan hubungan di antara UTMDigital, UNIMAP dan Aruba HPE.

SESI BERGAMBAR WARGA UTMDIGITAL, UTM JOHOR BAHRU BERSAMA PENGARAH UTMDIGITAL- SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 63 DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2020

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 dan sambutan Hari Malaysia 2020, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah mengadakan Sesi Bergambar bersama Pengarah UTMDigital.

 

Sesi ini telah diadakan pada 20 September 2020 (Ahad), jam 10.00 pagi bertempat di Ruang Foyer Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru. Tema pakaian pada kali ini ialah  Baju Kebangsaan Songket Malaysia.

 

Sesi bergambar ini adalah untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia di UTMDigital.

 

Program berakhir jam 11.00 pagi.