LAWATAN KERJA DAN PENANDA ARAS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Seramai 8 orang dalegasi daripada Bahagian Perumahan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh Dr. Mohamad Idris bin Ali, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH) telah mengadakan satu Lawatan Kerja dan Penanda Aras ke Unit Perumahan dan Bahagian Perumahan serta perbincangan bersama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM Johor Bahru.  Lawatan ini telah diadakan pada 25 September 2019 (Rabu), jam 3.00 petang.

 

Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangan dan mendapatkan maklumat berkaitan asrama dan kemudahan WIFI yang disediakan di kolej kediaman serta hal-hal berkaitan dengan tadbir urus, perkhidmatan dan kemudahan khasnya kepada pelajar pasca siswazah di UTM. Perbincangan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), CICT bersama dengan Pegawai-pegawai IT, CICT.

Bengkel Pembangunan Sistem MyAims

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan Bengkel Pembangunan Sistem MyAims di Bilik Seminar, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru pada 4 -5 September 2019.  Bengkel ini adalah anjuran daripada TM One.

Objektif bengkel ini diadakan adalah :

  1. Dapat mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang mahir, berkualiti, dinamik dan professional sesuai dengan keperluan Univerisiti dan Jabatan.
  2. Menstrategi pendedahan pendigitalan unit dan jabatan selari dengan pembambangunan aplkasi serta
  3. Membantu pengurusan untuk mencapai matlamat Universiti untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang unggul dan berwibawa.

Seramai 40 peserta bengkel yang terdiri dari semua PTJ telah menghadiri bengkel tersebut.

Semoga bengkel ini akan memberikan sumbangan dan impak bagi mencapai hasrat Universiti dalam memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi.

Bengkel Penyelesaian Cabaran Pendigitalan Institusi Subject Matter Expert Kumpulan TM Unifi Bersama UTM

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Bengkel Penyelesaian Cabaran Pendigitalan Institusi Subject Matter Expert Kumpulan TM Unifi Bersama UTM pada 28 Ogos 2019 (Rabu).  Program bermula dari jam 11.00 pagi iatu taklimat kepada semua peserta bengkel yang diadakan di Dewan Seminar, CICT.   Peserta yang terdiri dari kumpulan F, kemudian dipecahkan kepada empat kumpulan di tempat yang berbeza iaitu Dewan Seminar, Bilik Mesyuarat Utama, Bilik Mesyuarat Sangfor dan Bilik Mesyuarat Think Tank CICT.

Objektif bengkel ini diadakan adalah :-

a.         Menstrategi kaedah pendigitalan unit dan jabatan selari dengan pembangunan aplikasi

b.         Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menggunakan kekuatan bisnes institusi bagi mencapai pendigitalan institusi.

c.         Meluaskan pengetuahuan melalui pengalaman industri dan i sesi perkongsian dan percambahan minda.

d.         Menggunakan alat (too° yang sesuai dalam penyelesaian cabaran pemasaran, media sosial, persona designer dan pembangunan.

Program berakhir pada jam 5.30 petang.

PROGRAM HARI KELUARGA UTM 2019

Jawatankuasa Induk Hari Keluarga UTM 2019 telah mengadakan Program Hari Keluarga UTM 2019 untuk seluruh warga UTM bersama keluarga pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari.  Program ini telah diadakan di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru. 

Seluruh warga CICT hadir bersama ahli keluarga ke Program Hari Keluarga UTM 2019.  Tema warna Zon C (CICT) ialah warna Oren.

Pelbagai acara dan permainan sukan dipertandingkan antara PTJ disamping hadiah cabutan bertuah istimewa.  Hadiah Utama cabutan bertuah akan dipilih di kalangan staf yang hadir sebelum pukul 7.30 pagi.

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menyertai pelbagai pertandingan sukan dalam pelbagai acara.  Program ini adalah salah satu program yang mempereratkan lagi hubungan sesama staf PTJ dan keluarga. Kehadiran warga UTM akan direkodkan dan diberi mata CPD.

PENERIMAAN KERETA INOVA 2.0 KEPADA CICT JB

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru telah menerima sebuah kereta Inova 2.0 untuk kegunaan pejabat CICT, UTM Johor Bahru yang telah berlangung pada bulan Jun 2019 jam 11.00 pagi.  Penyerahan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sharimal bin Osman wakil Pejabat Harta Bina, Johor Bahru (PHB, JB) dan telah diterima oleh Pengarah CICT, Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman dan diiringi oleh Puan Sabrena bte Omar, Puan Salina bte Sihap, Encik Kamal Othman dan Encik Safudin Nordin.

LAWATAN KERJA SEKOLAH TINGGI MANAGEMAN DAN ILMU KOMPUTER (STMIK) LEMBAH DEMPO, INDONESIA

Seramai 9 orang delegasi daripada Sekolah Tinggi Manageman Dan Ilmu Komputer (STMIK)  Lembah Dempo, Indonesia yang diketuai oleh Encik Farozi bin Mohammad, Ketua Jurusan Program telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM Johor Bahru 31 Julai 2019 (Rabu).  Lawatan kerja tersebut bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), CICT Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang kemudahan WIFI yang disediakan dan kemudahan ICT khasnya kepada pelajar UTM.

MAJLIS CITRA KARISMA 2019

 

 

 

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Citra Karisma 2019 Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2019 pada 17 Julai 2019 bertempat di Dewan Iskandar, UTM Johor Bahru.  Majlis Citra Karisma adalah salah satu majlis yang diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada staf UTM yang telah mencapai sesuatu kejayaan dengan cemerlang.

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) mengucapkan TAHNIAH kepada staf penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 iaitu :

1.         En. Mohamad Amirul Aliff b. Shahri (FT19) – CICT JB

2.         Pn. Ruziah bt. Abd. Rahman (N22) – CICT JB

3.         En. Mohamad Hafiz b. Mohd Nor (F29) – CICT JB

4.         Pn. Norsharina bt. Abu Bakar (F29) – CICT JB

5.         En. Muhammad Syafiq b. Puniran (F29) – CICT JB

6.         En. Wan Mat b. Wan Sulaiman (F38) – CICT JB

7.         Pn. Suraya bt. Ibrahim (F41) – CICT JB

8.         Pn. Diniha bt. Miskam (F44) – CICT JB

9.         Pn. Siti Rashidah bt. Hashim (F44) – CICT JB

10.        En. Airilannuar b. Abdullah (N11) – CICT KL

11.        En. Nik Kamal Izzudin b. Nik Ibrahim (F52) – CICT KL

Semoga terus cemerlang


TAHNIAH Encik Mokhles Bin Md Sawal

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) juga mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Mokhles Bin Md Sawal dan Puan Norhafizah bte Mohd Hanapiah, Pegawai Tadbir, Jabatan Pendaftar, di atas penganugerahan Anugerah Inovasi Perkhidmatan : Jabatan Pendaftar, Portal Staf (MyUTM) dan Pelaporan Data Staf menggunakan Power BI.

Semoga Encik Mokhles dan team akan terus cemerlang.