LAWATAN PUSAT PENGURUSAN INFOSTRUKTUR & RANGKAIAN (PPIR) UniSZA

 

Pihak Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) UnisZA telah mengadakan lawatan ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada 18 Disember 2019.  Seramai 8 orang Pegawai UniSZA yang menyertai lawatan tersebut.

 

Sesi Taklimat telah disampaikan oleh  YBhg. Pengarah/CIO dan Perbincangan Dua Hala diadakan di Bilik Perbincangan Sangfor CICT.  Selanjutnya delegasi tersebut dibawa melawat  di sekitar UTM iaitu di MaGICX dan Perpustakaan Raja Zarith Sofia (PRZS).

 

Pegawai CICT yang akan mengiringi lawatan tersebut adalah En. Mohd. Zahari bin Zainal Abidin.

 

BENGKEL TRANSFORMASI KE ARAH PEMIMPIN TOP NOTCH

 

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan Bengkel Transformasi Ke Arah Pemimpin Top Notch pada 1 hingga 3 Disember 2019 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.  Bengkel ini diadakan di Bilik RUCKUS, Aras 2, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM Johor Bahru.

Bengkel Transformasi Ke Arah Pemimpin Top Notch ini dihadiri oleh 24 orang warga Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat dan Kumpulan Pelaksana.

Tujuan bengkel ini diadakan pertama, supaya dapat mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang berfikiran positif, berkualiti, dinamik dan profesional selari dengan keperluan Universiti dan jabatan.  Kedua, memupuk budaya kerja cemerlang dan ketiga, dapat menerapkan nilai-nilai DNA UTM dan prinsip Work-Life Balance secara holistic.  Ini adalah demi meningkatkan kualiti kepimpinan di CICT.  Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi setiap modul iaitu yang mementingkan ‘lesson learned’.

Fasilitator Bengkel Transformasi Ke Arah Pemimpin Top Notch adalah  En. Syamizam bin Shahudin.