LAWATAN PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN SISTEM KEHADIRAN FACE RECOGNITION DI UTM KUALA LUMPUR

Bahagian Pengurusan Teknologi dan Maklumat (BPTM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengadakan Lawatan Pelaksanaan Dan Penggunaan Sistem Kehadiran Face Recognition di UTM Kuala Lumpur pada 20 Februari 2020 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

 

Deligasi MESTECC telah diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi dan Maklumat iaitu Encik Johari bin Hashim.  Delegasi telah dibawa melawat Pengunaan Face Recognition di Lobi Bangunan Menara Razak dan seterusnya ke Bilik Mesyuarat FTIR, Aras 5 Menara Razak bagi Sesi Taklimat.

 

Ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengarah UTMDigital, Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman dan seterusnya sesi menandatangan Guest Book dan Penyampaian Cenderamata.

 

Lawatan Penggunaan Face Recognition turut dilakukan di Bangunan MJIIT Aras 2, Bangunan MJIIT.  Sebelum berpisah, Sesi Bergambar di Lobi Menara Razak bersama Deligasi MESTECC.

 

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC

SONY DSC

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN UTMDigital 2018/2019

Badan Kebajikan Kakitangan UTMDigital 2018/2019 (BKCICT 2018/2019) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk memilih Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan baharu bagi penggal 2020/2021.

 

Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan pada 20 Februari 2020 bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Seminar Aras 4, UTMDigital.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Norfadzila Hani Bt Mohd Khairuddin dan bacaan doa oleh Encik Mohd Khairi Bin Hassan.

 

Bagi memeriahkan lagi mesyuarat tersebut, cabutan bertuah dan makan tengahari telah disediakan pihak BKCICT 2018/2019.

 

Tahniah pada AJK BKUTMDigital yang telah dilantik untuk tahun 2020/2021, semoga terus cemerlang

 

Mesyuarat tamat dengan jayanya.

LAMBAIAN PERPISAHAN UNTUK ENCIK WAN SAARI BIN WAN ALIAS

12 Januari 2020 adalah tarikh bersejarah bagi Encik Wan Saari bin Wan Alias kerana pada tarikh tersebut adalah hari terakhir Encik Wan Saari berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), Universti Teknologi Malaysia.  Beliau telah memohon bersara awal setelah berkhidmat selama 31 tahun.

 

Bahagian Pengurusan Korporat telah mengadakan sesi Clock-Out untuk Encik Wan Saari tepat jam 5.00 petang bertempat di Pejabat Am CICT bersama warga UTMDigital.

 

Selamat menempuh alam persaraan Encik Wan saari dan semoga diberi kesihatan yang berpanjang serta dipermudahkan segala urusan.

 

PENJENAMAAN SEMULA NAMA JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JICT) KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL (UTMDigital) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 28/2019 bertarikh 23 Disember 2019 telah bersetuju meluluskan penjenamaan semula Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JICT) kepada Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) Universiti Teknologi Malaysia. Penjenamaan semula ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.  Penjenamaan semula ini bertujuan untuk memperkasa Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) sebagai pemacu ke arah transformasi Kampus Digital.

Semoga dengan penjenamaan baru ini, Jabatan Perkidmatan Digital (UTMDigital) khususnya dan UTM akan menjadi Universiti yang terunggul di peringkat antarabangsa.

PERJUMPAAN BULANAN  BERSAMA PENGARAH UTMDIGITAL DAN UCAPAN TAHUN BAHARU

Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bulanan  Bersama Pengarah UTMDigital dan Ucapan Tahun Baru.

 

Majlis tersebut telah diadakan pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 8.30 pagi – 9.30 pagi bertempat di Dewan Seminar UTMDigital, Aras 4  UTM Johor Bahru.  Bagi warga UTMDigital UTM Kuala Lumpur pula telah diadakan di Bilik Mesyuarat UTMDigital , UTM Kuala Lumpur secara lintas langsung.

 

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Wan Mat bin Wan Sulaiman dan Pembentangan oleh YBrs. Pengarah UTMDigital

Sokongan dan komitmen semua staf UTMDigital menghadiri amatlah dihargai dan kehadiran telah direkodkan sebagai mata CPD ke dalam sistem UTMSmile.

MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTM Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan Staf 2019 pada 12 Disember 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Maharani, Hotel Impiana, Senai, Johor Bahru.  Majlis tersebut bermula pada jam 2.00 petang.  Tema pada tahun ini adalah Hitam Berprestij (Prestigious Black).

 

Seramai 120 staf telah menghadiri majlis meriah tersebut termasuk staf dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTM Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar Latihan Industri dari CICT UTM Johor Bahru.

 

Sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan sekerja, satu acara pertukaran hadiah sesama staf telah diada sebagai sesi cabutan bertuah.

 

Majlis gemilang tersebut telah berakhir pada jam 5.oo petang.

   Â