Lawatan Kerja CELCOM ke UTMDigital

Seramai 6 orang wakil Syarikat Celcom telah mengadakan lawatan kerja ke UTMDigital pada 6 Julai 2020 (Isnin), jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sangfor, UTMDigital.   Mereka telah mengadakan perbincangan ‘Teknologi Up-date’ bersama 5 orang pegawai kanan UTMDigital dan dipengerusikan oleh Pengarah UTMDigital iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman.

 

Perbincangan  berakhir pada jam 1.00 petang.

Teknologi Update dari Syarikat HPE Untuk UTMDigital

Pada 2 Julai 2020 (Khamis), seramai 3 orang wakil Syarikat HPE telah mengadakan taklimat kepada UTMDigital bagi memberi maklumat berkaitan teknologi terkini.  Mereka telah disambut oleh Pengarah UTMDigital Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, Encik Jaffar Sidek bin Haron, Encik Mokhles bin Md Sawal dan Encik Mohd Rozi bin Katmin.

 

Taklimat telah diadakan di Bilik HIK Vision, UTMDigital pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 3.00 petang.

PERTUKARAN PENEMPATAN PEGAWAI DI JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL (UTMDIGITAL), UTM JOHOR BAHRU

Dengan mengambil kira pusingan kerja, peningkatan kerjaya dan kepentingan organisasi, Universiti telah membuat keputusan pertukaran staf antara Jabatan dalaman UTM.

 

Seramai 3 tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29), Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru  telah ditukarkan penempatan iaitu Encik Mohd Fairus bin Subari ke Fakulti Kejuruteraan,  Encik Salimi bin Ismail bertukar ke Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan En. Mohd Shahril bin Kabib ke Fakulti Sains, UTM Johor Bahru.

 

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29) yang menggantikan mereka adalah Encik Zul Hilmi bin Sulaiman, Puan Azura binti Baharudin dan YM Raja Aslinda binti Raja Muhammad.  Pertukaran ini berkuat kuasa mulai 21 Jun 2020.