BENGKEL UTM IDENTIFICATION (UTMID)

UTM Identification (UTMID) adalah pengenalan unik yang diberikan kepada pengguna sebelum dibenarkan untuk mengakses perkhidmatan ICT termasuk rangkaian UTM, UTMWiFi, Portal MyUTM dan UTMSmart.  Buat masa ini, UTMID hanya disalurkan untuk pelajar dan kakitangan yang berdaftar.  UTMID juga digunakan sebagai ID e-mel rasmi untuk kakitangan dan pelajar. 

Bengkel UTMID telah  diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 21 September 2020 dan 22 September 2020 (Isnin – Selasa).   Seramai 25 orang peserta bengkel yang terdiri dari staf UTMDigital, Johor Bahru dan tiga orang perserta daripada UTMDigital, Kuala Lumpur.  2 orang Fasilitator bengkel iaitu Prof Madya Dr. Syed Norris bin Syed Abdullah dan Encik Nik Kamal Izuddin Bin Nik Ibrahim

Objektif bengkel UTMID adalah untuk menyelesaikan masalah UTMID sediaada, memurnikan proses kerja pemberian UTMID kepada pelajar baharu, penambahbaikan kepada sistem UTMID, membuat operasi pembersihan data dan menyemak, menyediakan dan mengemaskini maklumat berkaitan perkhidmatan ICT. Hasil dari bengkel ini adalah UTMDigital akan berupaya menyelesaikan permasalahan berkaitan UTMID kepada pelajar, menyediakan carta alir proses kerja pemberian UTMID kepada pelajar baharu, menghebahkan maklumat terkini perkhidmatan ICT melalui emel pemakluman dan laman web yang telah dikemaskini dan hanya rekod pelajar aktif sahaja yang ada dalam sistem Lightweight Directory Access Protocol (LDAP).

LAWATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) DAN SESI TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN TEKNOLOGI TERKINI

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah menerima tetamu VIP iaitu Naib Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Profesor Ir. Ts. Dr. R. Badlishah bin Ahmad dan Ir. Dr. Annuar Mat Safar, Ketua Jabatan UNIMAP digital.  Beliau telah diringi oleh Pengarah Urusan, Syarikat Aruba Networks a Hewlett Packard Enterprise, Encik Julian Chow dan Pengarah Urusan, Strategic Alliance Sdn. Bhd. Encik Khairul Nizam Saud, pada 4 Oktober 2020 jam 3.00 petang  selepas mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Naib Canselor UTM.  Lawatan ini diadakan di Bilik HIK Vision, UTMDigital.

Lawatan ini bertujuan bagi berkongsi perkembangan terkini mengenai teknologi yang boleh digunapakai bagi memperkasa dan memantapkan tahap capaian jaringan komunikasi universiti.

Aruba Hewlett Packard Enterprise merupakan syarikat teknologi maklumat yang berfokuskan kepada perkakasan dan perisian sistem rangkaian dan antara syarikat pengeluar rangkaian yang terbaik dan diiktiraf di dalam “Gartner Magic Quadrant”.

Setelah selesai sesi taklimat, perasmian bilik Aruba telah diadakan.  Bilik Aruba tersebut telah ditaja oleh Aruba HPE sebagai tanda kerjasama di antara UTMDigital dan pihak Aruba HPE. Semoga lawatan ini memberi peluang atas kolaborasi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dan mengeratkan hubungan di antara UTMDigital, UNIMAP dan Aruba HPE.

SESI BERGAMBAR WARGA UTMDIGITAL, UTM JOHOR BAHRU BERSAMA PENGARAH UTMDIGITAL- SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 63 DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2020

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 dan sambutan Hari Malaysia 2020, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah mengadakan Sesi Bergambar bersama Pengarah UTMDigital.

 

Sesi ini telah diadakan pada 20 September 2020 (Ahad), jam 10.00 pagi bertempat di Ruang Foyer Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru. Tema pakaian pada kali ini ialah  Baju Kebangsaan Songket Malaysia.

 

Sesi bergambar ini adalah untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia di UTMDigital.

 

Program berakhir jam 11.00 pagi.

 

         

                 

Lawatan UMW Corporation Sdn Bhd. Ke UTMDigital, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada UMW Corporation Sdn. Bhd. dan MagicX pada 9 September 2020 (Rabu), jam 2.30 petang bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) dan sekitar UTM.

 

Seramai 5 orang staf UMW Corporation Sdn. Bhd. Diketuai oleh Encik Zailani Ali, Group Chief HR Officer, Encik Mohamed Shaharudin, Encik Amrul Habibullah Amir, Encik Muhamad Shahrul Hanif dan Encik Abdul Aziz Edar, manakala wakil dari MagicX terdiri daripada Prof. Sharizal Sunar, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid, Dr Kamarul Afizam Ismail, Encik Azizul Azman, Encik Mohd Firdaus  Said. UTMDigital telah diketuai oleh Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim, Puan Zaiton binti Salimon, Mohammed bin Mohd Hasni dan Puan Azniza binti Ali.

 

Lawatan ini bagi bertujuan untuk mendapat pendedahan tentang UTM Data Center (UTMDC) dan perkhidmatan yang ditawarkan   oleh  UTMDigital.

 

Program tamat jam 4.00 petang, diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

 

Lawatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke UTMDigital, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 9 September 2020 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital).

 

Seramai 10 orang staf yang terdiri daripada pelbagai PTJ Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam (Pengarah IT, UMT), selaku ketua delegasi, diiringi oleh 9 staf UMT iaitu Dr. Rabiei bin Mamat (Timbalan Pengarah), Pn Rosnaidi bin Jusoh, Pn Juraini bin Jolan, Encik Tajul Arifin bin Abd. Manan, Encik Mohamad Jazli Shafizan Jaafar, Encik Mohd Erman Safawie Che Ibrahim, Tn Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab (Ketua Pegawai IT), Prof Madya Dr. Ts. Rosmayati binti Mohamad (Pensyarah), dan Puan Nur Amirah binti Amiruddin (Pegawai Penyelidik Sosial).

 

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kaedah pengurusan data, penyediaan gudang data dan pembangunan data analitik di UTM secara lebih terperinci.

 

Program tamat jam 12.00 tengahari, diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

 

 

Lawatan Kerja Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor pada 8 September 2020 (Selasa), jam 10.00 pagi bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital).

 

Seramai 6 orang staf STRIDE yang terdiri daripada Puan Siti Hajar binti Zulkifli, Encik Mohamad Ismail bin Haji Ali, Encik Aizul Fazli bin Suhaimi, YBrs. Dr Noreen Farzuhana binti Mohd Zulkifli dan Puan Jumilah binti Abdul Rahman YBrs. Dr. Zalini binti Yunus, Pengarah Kanan, Nukleus Konvensyen Senjata Biologi & Toksin selaku ketua delegasi.

 

Lawatan kerja ini bertujuan untuk memahami dan mempelajari struktur, proses dan pelaksanaan sistem repositori yang diuruskan oleh UTM.  STRIDE dalam proses untuk membangunkan satu sistem repositori RDC&I pertahanan.  Dan lawatan ini juga adalah sebagai satu penanda aras sumber rujukan bagi pengurusan dan pelaksanaan sistem repositori RDC&I pertahanan.

 

Semoga kerjasama di antara Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor akan mengeratkan lagi hubungan keduanya.

               

Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Penghargaan UTM 2020

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Citra Karisma 2020 pada 24 Ogos 2020 (Isnin) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Majlis Citra Karisma adalah salah satu majlis yang diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada staf UTM yang telah mencapai sesuatu kejayaan dengan cemerlang.

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) mengucapkan TAHNIAH kepada staf yang menerima Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2020 iaitu :

1. En. Mohd Azman Bin Salamon  – UTMDigital, UTMJB

2. En. Mohd Hamri Bin Md Yusuf  – UTMDigital, UTMJB

3. En. Mohd Rozi Bin Katmin  – UTMDigital, UTMJB

4. En. Mohd Tarikat Bin Abd. Karim  – UTMDigital, UTMJB

5. En. Mohd Zulfadli Bin Mohd Lazim  – UTMDigital, UTMJB

6. Pn. Noor Emylia Binti Yusoff – UTMDigital, UTMJB

7. En. Noor Haslan Bin Sallehudin – UTMDigital, UTMJB

8. Pn. Nor Fazila Binti Mohd Salleh – UTMDigital, UTMKL

9. Pn. Siti Khadijah Binti Kamaruddin – UTMDigital, UTMJB

10. En. Syed Mohd Anwar Alhabshi B Syed Hamed – UTMDigital, UTMJB

Semoga terus cemerlang.