Lawatan UMW Corporation Sdn Bhd. Ke UTMDigital, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada UMW Corporation Sdn. Bhd. dan MagicX pada 9 September 2020 (Rabu), jam 2.30 petang bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) dan sekitar UTM.

 

Seramai 5 orang staf UMW Corporation Sdn. Bhd. Diketuai oleh Encik Zailani Ali, Group Chief HR Officer, Encik Mohamed Shaharudin, Encik Amrul Habibullah Amir, Encik Muhamad Shahrul Hanif dan Encik Abdul Aziz Edar, manakala wakil dari MagicX terdiri daripada Prof. Sharizal Sunar, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid, Dr Kamarul Afizam Ismail, Encik Azizul Azman, Encik Mohd Firdaus  Said. UTMDigital telah diketuai oleh Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim, Puan Zaiton binti Salimon, Mohammed bin Mohd Hasni dan Puan Azniza binti Ali.

 

Lawatan ini bagi bertujuan untuk mendapat pendedahan tentang UTM Data Center (UTMDC) dan perkhidmatan yang ditawarkan   oleh  UTMDigital.

 

Program tamat jam 4.00 petang, diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

 

Lawatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke UTMDigital, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 9 September 2020 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital).

 

Seramai 10 orang staf yang terdiri daripada pelbagai PTJ Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam (Pengarah IT, UMT), selaku ketua delegasi, diiringi oleh 9 staf UMT iaitu Dr. Rabiei bin Mamat (Timbalan Pengarah), Pn Rosnaidi bin Jusoh, Pn Juraini bin Jolan, Encik Tajul Arifin bin Abd. Manan, Encik Mohamad Jazli Shafizan Jaafar, Encik Mohd Erman Safawie Che Ibrahim, Tn Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab (Ketua Pegawai IT), Prof Madya Dr. Ts. Rosmayati binti Mohamad (Pensyarah), dan Puan Nur Amirah binti Amiruddin (Pegawai Penyelidik Sosial).

 

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kaedah pengurusan data, penyediaan gudang data dan pembangunan data analitik di UTM secara lebih terperinci.

 

Program tamat jam 12.00 tengahari, diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

 

 

Lawatan Kerja Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor pada 8 September 2020 (Selasa), jam 10.00 pagi bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital).

 

Seramai 6 orang staf STRIDE yang terdiri daripada Puan Siti Hajar binti Zulkifli, Encik Mohamad Ismail bin Haji Ali, Encik Aizul Fazli bin Suhaimi, YBrs. Dr Noreen Farzuhana binti Mohd Zulkifli dan Puan Jumilah binti Abdul Rahman YBrs. Dr. Zalini binti Yunus, Pengarah Kanan, Nukleus Konvensyen Senjata Biologi & Toksin selaku ketua delegasi.

 

Lawatan kerja ini bertujuan untuk memahami dan mempelajari struktur, proses dan pelaksanaan sistem repositori yang diuruskan oleh UTM.  STRIDE dalam proses untuk membangunkan satu sistem repositori RDC&I pertahanan.  Dan lawatan ini juga adalah sebagai satu penanda aras sumber rujukan bagi pengurusan dan pelaksanaan sistem repositori RDC&I pertahanan.

 

Semoga kerjasama di antara Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor akan mengeratkan lagi hubungan keduanya.

               

Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Penghargaan UTM 2020

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Citra Karisma 2020 pada 24 Ogos 2020 (Isnin) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Majlis Citra Karisma adalah salah satu majlis yang diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada staf UTM yang telah mencapai sesuatu kejayaan dengan cemerlang.

Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) mengucapkan TAHNIAH kepada staf yang menerima Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2020 iaitu :

1. En. Mohd Azman Bin Salamon  – UTMDigital, UTMJB

2. En. Mohd Hamri Bin Md Yusuf  – UTMDigital, UTMJB

3. En. Mohd Rozi Bin Katmin  – UTMDigital, UTMJB

4. En. Mohd Tarikat Bin Abd. Karim  – UTMDigital, UTMJB

5. En. Mohd Zulfadli Bin Mohd Lazim  – UTMDigital, UTMJB

6. Pn. Noor Emylia Binti Yusoff – UTMDigital, UTMJB

7. En. Noor Haslan Bin Sallehudin – UTMDigital, UTMJB

8. Pn. Nor Fazila Binti Mohd Salleh – UTMDigital, UTMKL

9. Pn. Siti Khadijah Binti Kamaruddin – UTMDigital, UTMJB

10. En. Syed Mohd Anwar Alhabshi B Syed Hamed – UTMDigital, UTMJB

Semoga terus cemerlang.

    

PROGRAM KAYUHAN LESTARI 2.5 BERSAMA JABATAN PENDAFTAR UTM – 21 JULAI 2020 (SELASA)

Program Kayuhan Lestari 2.5 Bersama Jabatan Pendaftar UTM telah diadakan pada 21 Julai 2020 (Selasa), bermula jam 7.45 pagi dari Pusat Transformasi Bakat (TTC) UTM.

 

Semua staf UTM telah dijemput untuk menyertai program tersebut dan digalakkan menggunakan basikal masing-masing.  Pihak urusetia juga menyediakan 15 buah basikal (Basikal Elektrik dan MTB) untuk 15 penyertaan terawal bagi peserta yang tidak mempunyai basikal yang sesuai.

 

Seramai ____ orang staf UTMDigital turut menyertai program tersebut iaitu Encik Mohd Safudin bin Nordin, Encik Azmi bin Kamis, Encik Mohd Subha bin Salleh, Encik Mohd Hafiz bin Mohamad Nor dan Encik Mohd Sahrul bin Ismail.

 

Syabas dan tahniah.

 

   

Program Gaya Hidup Sihat Peringkat UTMDigital Dengan Kerjasama Kelab BUDI Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020 – UTMDigital Fun Walk

Selaras dengan hasrat UTM untuk menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020, UTMDigital dengan kerjasama Kelab BUDI  (Kelab Bakti Ukuwah Dinamik, UTMDigital) telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat Peringkat UTMDigital iaitu Fun Walk Bulan Kemerdekaan pada 16 Ogos 2020, (Ahad) bermula dari jam 7.45 pagi bertempat di Depan Tasik PKU (Pusat Kesihatan UTM) UTM Johor Bahru (tempat berkumpul).

 

Program dimulai dengan pendaftaran warga UTMDigital, diikuti oleh aktiviti regangan yang diketuai oleh  En Mohd Safudin bin Nordin.  Laluan untuk aktiviti Fun Walk ini adalah di sepanjang tasik PKU menuju ke Bahagian Keselamatan UTM dan kemudian kembali semula ke tempat berkumpul.  Seramai 54 orang warga UTMDigital turut menyertai program tersebut.

 

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, aktiviti pada kali ini akan melalui normal baharu dengan panduan-panduan yang bersesuaian selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara.

 

Aktiviti UTMDigital Fun Walk Bulan Kemerdekaan berakhir pada jam 9.00 pagi.  UTMDigital mengucapan ribuan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga UTMDigital kerana telah menjayakan program menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-63.

 

 

 

Lawatan Kerja CELCOM ke UTMDigital

Seramai 6 orang wakil Syarikat Celcom telah mengadakan lawatan kerja ke UTMDigital pada 6 Julai 2020 (Isnin), jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sangfor, UTMDigital.   Mereka telah mengadakan perbincangan ‘Teknologi Up-date’ bersama 5 orang pegawai kanan UTMDigital dan dipengerusikan oleh Pengarah UTMDigital iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman.

 

Perbincangan  berakhir pada jam 1.00 petang.

Teknologi Update dari Syarikat HPE Untuk UTMDigital

Pada 2 Julai 2020 (Khamis), seramai 3 orang wakil Syarikat HPE telah mengadakan taklimat kepada UTMDigital bagi memberi maklumat berkaitan teknologi terkini.  Mereka telah disambut oleh Pengarah UTMDigital Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, Encik Jaffar Sidek bin Haron, Encik Mokhles bin Md Sawal dan Encik Mohd Rozi bin Katmin.

 

Taklimat telah diadakan di Bilik HIK Vision, UTMDigital pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 3.00 petang.

PERTUKARAN PENEMPATAN PEGAWAI DI JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL (UTMDIGITAL), UTM JOHOR BAHRU

Dengan mengambil kira pusingan kerja, peningkatan kerjaya dan kepentingan organisasi, Universiti telah membuat keputusan pertukaran staf antara Jabatan dalaman UTM.

 

Seramai 3 tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29), Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru  telah ditukarkan penempatan iaitu Encik Mohd Fairus bin Subari ke Fakulti Kejuruteraan,  Encik Salimi bin Ismail bertukar ke Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan En. Mohd Shahril bin Kabib ke Fakulti Sains, UTM Johor Bahru.

 

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29) yang menggantikan mereka adalah Encik Zul Hilmi bin Sulaiman, Puan Azura binti Baharudin dan YM Raja Aslinda binti Raja Muhammad.  Pertukaran ini berkuat kuasa mulai 21 Jun 2020.

 

 

STAF BAHARU UTMDigital MELAPOR DIRI

UTMDigital mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada dua orang staf baru iaitu Puan Nazlin Binti Ali dan Cik Khairul Bariah Bte Misron. Mereka telah mendaftar diri di UTMDigital pada 1 Mac 2020.

Puan Nazlin Binti Ali adalah Pegawai Tadbir (NA41) dari Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLEAD) bagi mengganti tempat Puan Sabrena binti Omar yang menyambung pelajar di peringkat Master.

Manakala Cik Khairul Bariah Bte Misron pula adalah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dari Fakulti Alam Bina & Ukur bagi mengganti tempat Encik Jamaluddin Malek yang telah berpindah ke Fakulti Alam Bina & Ukur.

Semoga UTMDigital akan terus cemerlang.