RIANG RIA SYAWAL BERSAMA WARGA TUA

1.0 LATAR BELAKANG

Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak universiti, mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan akan isu komuniti warga tua yang sentiasa memerlukan perhatian dari masyarakat.  Populasi warga tua semakin hari semakin bertambah di negara ini. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria. Penjagaan orang-orang tua adalah salah satu teras utama dalam meningkatkan ekonomi Malaysia. Merujuk kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) laporan tahunan 2012, penjagaan kesihatan merupakan satu program yang penting yang ditekankan dalam salah satu cabang program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). masyarakat harus menanam semangat bertanggungjawab kepada semua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menangani masalah yang akan dihadapi oleh warga tua.  Sehubungan itu, Unit Professional Qualification (Pro-Q) UTM RSEAT dengan kerjasama IKRAM Hulu Langat telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Riang Ria Syawal Bersama Warga Tua Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor. Pendekatan ini diambil bagi membantu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh golongan berkenaan. Adalah diharapkan melalui program seumpama ini, komuniti warga tua mampu meningkatkan kualiti hidup mereka dengan menjalani kehidupan yang lebih ceria.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meraikan sambutan hari raya bersama warga tua di pusat jagaan.
2.2 Memberi sumbangan hari raya kepada setiap penghuni pusat jagaan.
2.3 Mengeratkan hubungan silaturahim warga akademik dengan masyarakat setempat.

3.0 TARIKH, TEMPAT DAN JADUAL AKTIVITI

Butiran program adalah seperti yang berikut :
Tarikh : 8 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat : Pusat Jagaan Orang Tua Nur Hasanah, Beranang, Selangor
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

4.0 PESERTA

Program ini akan disertai oleh Penghuni Pusat Jagaan Orang Tua Nur Hasanah,Beranang, Selangor. Selain itu, staf Razak School dan keluarga serta kumpulan nasyid IKRAM Hulu Langat akan turut sama menjayakan program ini. Para peserta dianggarkan seramai 60 orang.

5.0 GAMBAR

 

syawal1

Penghuni pusat jagaan sedang menjamu selera

syawal2

Tetamu yang hadir