Team Building CICT

Pada 28 Oktober 2018 telah di adakan program Team Building staf CICT JB dan KL. Semua staf CICT termasuk staf yang berada di PTJ luar juga dijemput termasuk saya. Di bawah adalah aturcara program..

Pukul 8.15 pagi telah di adakan acara senamrobik yang begitu menyeronokkan..Tuan Syed Radzuan telah dilantik sebagai coach untuk senamrobik. Terasa kaku pulak bila menari..maluuuu..Cuba tengok gelagak masing-masing.

Pada pukul 9.00 pagi pula kami terus beraksi dalam acara outdoor games..penyampaian yang berkesan..permainan mudah sahaja tetapi tengok la hasil nya..Dalam permainan ini, peserta tidak boleh bercakap hanya boleh melukis dan sampaikan kepada partner depan..sehingga la orang terakhir. Objek yang kami dapat adalah troli..tetapi bila sampai ke peserta akhir …lukisan yang akhir dibuat adalah rumah..masing-masing gelak kan..skill melukis semua kelaut..tapi rugi pulak takde simpan gambar lukisan terakhir tu..mak dan bapak orang melukis..

Banyak acara jugak..tapi saya tulis yang acara-acara menarik sahaja serprti acara Misi Berdaulat. Permainan ini adalah bagi menjaga kerahsiaan. Seorang raja telah dilantik dan diamanahkan untuk menjaga sebuah negeri dengan urusetia memberi beberapa jenis barangan. Setiap negeri yang ada telah diberi barangan yang sama. Raja perlu menentukan barang apa yang akan di kumpul. So dalam proses pengumpulan barang tersebut, raja atau rakyat jelata dikehendaki membuat pertukaran ke negeri-negeri lain. Mana-mana kumpulan yang telah dapat mengumpul barang yang sama di kira menang. Peraturan permainan ini peserta tidak boleh bercakap, hanya guna isyarat sahaja. Sesiapa yang didapati bersalah akan dimasukkan ke penjara dan menjalani upacara mahkamah. Acara yang paling kelakar adalah semasa proses dibicarakan..ahli kumpulan saya seramai 2 orang telah ditangkap. Kesimpulan yang saya dapat dari aktiviti ini adalah bagaimana nak menjaga amanah, bagaimana kesesuaian untuk menjaga amanah bagi mencapai matlamat satu negara. Perlu ada sifat tolak ansur dan jangan ada hasad dengki. Kalau ada hasad dengki segala visi dan misi yang ditetapkan tidak akan tercapai.

Program berakhir pada 1 tengah hari , walaubagaimanapun kami semua enjoy team building ini.  Saya sertakan juga gambar2 sepanjang program ini untuk rujukan.

 

Majlis Kecemerlangan Aisyah & Qayyum

Alhamdulillah pada 24 November 2018 adalah Majlis Kecemerlangan Sek Kebangsaan Mutiara Rini dan tahun ini saya berjaya menghadirkan diri bagi melihat anak-anak saya berjaya mendapat hadiah. Aisyah Aqilah mendapat Anugerah Nilam 2018 manakala Qayyum mendapat No 1 didalam kelas. Mama dan ayah tahu anak-anak mama semuanya hebat. Semoga kejayaan milik kamu anak ku tersayang..

 

Majlis Konvokesyen Nur Aisyah Aqilah

Koleksi gambar konvokesyen Nur Aisyah Aqilah merangkap Kak Long. Alhamdulillah dapat banyak jugak anugerah konvo pada kali ini.  Anugerah pelajar berkhemah dan bebarapa acara sukan. Tahniah Aisyah.

 

Perlaksanaan Perlaporan BI Pej TNCA

Perlaksanaan Dashboard perlaporan BI ini  bermula pada April  hingga Oktober 2018 dengan kerjasama antara pihak CICT dan PTJ di bawah Pej TNC A&A seperti Pej TNC A&A, SRAD, AMD, CIDU, UGS, SPS, UTM XCITE dan  UTMLead. Bagi perlaksanaannya beberapa siri bengkel telah di adakan sepanjang tempoh perlaksanaan. Idea bagaimana lahirnya dashboard ini adalah kerana saya dapati kerana kekerapan permintaan pengeluaran report/statistik kepada pihak CICT.  Oleh itu dengan masalah yang timbul ini, saya cuba menyelesaikan dengan mewujudkan dashboard Akademik sendiri dimana pihak owner data boleh mengeluarka perlaporan sendiri dan owner juga boleh membuat customize data berdasarkan OD permintaan yang datangan dari fakulti, PTJ pusat dan Badan Luar. Insyaallah dengan terhasilnya dashboard ini pihak Pengurusan Atasan juga boleh membuat pemantauan dan keputusan bagi sebarang isu dan masalah. Terima kasih juga kepada team Pej TNC A & A yang banyak membantu dalam perlaksanaan Dashborad Akademik ini. Ahli-ahli yang terlibat adalah Hjh Najmah, Dr Hazarina, En Fazilah, Hjh Linda, Pn Intan, En Isfahreen, Pn Safriza, Pn Najwa, Pn Raudah, Pn Zetty, En Nabil, Pn Leila, Pn Ziela, Pn Aisyah dan tak lupa juga pihak cict yang bertungkus lumus iaitu En Mokhles, Cik Nurul Hamiza dan En Rizam.

Saya sertakan gambar2 suka dan duka sepanjang perlaksanaannya..thanks you so much.

UTM Staf Games 2018

Acara Staf Games 2018 adalah bermula pada 27 Julai hingga 13 Oktober 2018. Banyak Acara yang dipertandingkan dan acara yang saya turut serta adalah Bowling, Olahraga 100M, Olahraga 200M dan Bola Jaring.

  1. Bowling

Acara Bowling diadakan pada 22 September 2018 di Pusat Bowling Leisure Mall. Acara bermula pada pukul 9 pagi dan selesai pada jam 1 tengah hari. Walaupun tak berjaya memenangi sebarang hadiah tapi kami tetap happy. Lagi-lagi group kitaorang ni yang mak2 yang cukup kecoh..

Sesi Tranning pada 20 September

 

2. Acara Olahraga

Emm..mesti tak sangka kan, mak2 orang ni nak lari 100M dan 200M. Tapi inilah realitinya..walaupun umur dah veteran masih semagat nak lari..tak menang tahun ni..insyaallah tahun depan cuba lagi..maybe kena tukar acara la kan..ambik ling distance…hahaha..kalau larat ye.

ADa juga gambar kenangan ni..