Bengkel Penyediaan SPK Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Alhamdulillah selesai sudah Bengkel SPK Pejabat TNC (A&A) yang diadakan pada 30 November 2020 pada semua staf dibawah Pej TNC (A&A). Masing-masing telah diberikan 2 task untuk menyediakan dokumen SPK iaitu penyediaan proses flow dan dokumen lengkap proses kerja. Bagi Unit IT ada dokumen yang perlu disiapkan iaitu
1. Proses Kerja Permohonan Mesyuarat secara Online
2. Proses Kerja Perekodan Peralatan IT
3. Proses Kerja Permohonan Multimedia seperti Banner dan Montaj
4. Proses Kerja Permohonan Sistem
5. Proses Kerja Permohonan Data
6. Proses Kerja Pembelian Peralatan IT
Masing-masing bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan. Walaupun penat kami semua happy.

Team Building CICT

Pada 28 Oktober 2018 telah di adakan program Team Building staf CICT JB dan KL. Semua staf CICT termasuk staf yang berada di PTJ luar juga dijemput termasuk saya. Di bawah adalah aturcara program..

Pukul 8.15 pagi telah di adakan acara senamrobik yang begitu menyeronokkan..Tuan Syed Radzuan telah dilantik sebagai coach untuk senamrobik. Terasa kaku pulak bila menari..maluuuu..Cuba tengok gelagak masing-masing.

Pada pukul 9.00 pagi pula kami terus beraksi dalam acara outdoor games..penyampaian yang berkesan..permainan mudah sahaja tetapi tengok la hasil nya..Dalam permainan ini, peserta tidak boleh bercakap hanya boleh melukis dan sampaikan kepada partner depan..sehingga la orang terakhir. Objek yang kami dapat adalah troli..tetapi bila sampai ke peserta akhir …lukisan yang akhir dibuat adalah rumah..masing-masing gelak kan..skill melukis semua kelaut..tapi rugi pulak takde simpan gambar lukisan terakhir tu..mak dan bapak orang melukis..

Banyak acara jugak..tapi saya tulis yang acara-acara menarik sahaja serprti acara Misi Berdaulat. Permainan ini adalah bagi menjaga kerahsiaan. Seorang raja telah dilantik dan diamanahkan untuk menjaga sebuah negeri dengan urusetia memberi beberapa jenis barangan. Setiap negeri yang ada telah diberi barangan yang sama. Raja perlu menentukan barang apa yang akan di kumpul. So dalam proses pengumpulan barang tersebut, raja atau rakyat jelata dikehendaki membuat pertukaran ke negeri-negeri lain. Mana-mana kumpulan yang telah dapat mengumpul barang yang sama di kira menang. Peraturan permainan ini peserta tidak boleh bercakap, hanya guna isyarat sahaja. Sesiapa yang didapati bersalah akan dimasukkan ke penjara dan menjalani upacara mahkamah. Acara yang paling kelakar adalah semasa proses dibicarakan..ahli kumpulan saya seramai 2 orang telah ditangkap. Kesimpulan yang saya dapat dari aktiviti ini adalah bagaimana nak menjaga amanah, bagaimana kesesuaian untuk menjaga amanah bagi mencapai matlamat satu negara. Perlu ada sifat tolak ansur dan jangan ada hasad dengki. Kalau ada hasad dengki segala visi dan misi yang ditetapkan tidak akan tercapai.

Program berakhir pada 1 tengah hari , walaubagaimanapun kami semua enjoy team building ini.  Saya sertakan juga gambar2 sepanjang program ini untuk rujukan.

 

Majlis Kecemerlangan Aisyah & Qayyum

Alhamdulillah pada 24 November 2018 adalah Majlis Kecemerlangan Sek Kebangsaan Mutiara Rini dan tahun ini saya berjaya menghadirkan diri bagi melihat anak-anak saya berjaya mendapat hadiah. Aisyah Aqilah mendapat Anugerah Nilam 2018 manakala Qayyum mendapat No 1 didalam kelas. Mama dan ayah tahu anak-anak mama semuanya hebat. Semoga kejayaan milik kamu anak ku tersayang..

 

Majlis Konvokesyen Nur Aisyah Aqilah

Koleksi gambar konvokesyen Nur Aisyah Aqilah merangkap Kak Long. Alhamdulillah dapat banyak jugak anugerah konvo pada kali ini.  Anugerah pelajar berkhemah dan bebarapa acara sukan. Tahniah Aisyah.

 

Perlaksanaan Perlaporan BI Pej TNCA

Perlaksanaan Dashboard perlaporan BI ini  bermula pada April  hingga Oktober 2018 dengan kerjasama antara pihak CICT dan PTJ di bawah Pej TNC A&A seperti Pej TNC A&A, SRAD, AMD, CIDU, UGS, SPS, UTM XCITE dan  UTMLead. Bagi perlaksanaannya beberapa siri bengkel telah di adakan sepanjang tempoh perlaksanaan. Idea bagaimana lahirnya dashboard ini adalah kerana saya dapati kerana kekerapan permintaan pengeluaran report/statistik kepada pihak CICT.  Oleh itu dengan masalah yang timbul ini, saya cuba menyelesaikan dengan mewujudkan dashboard Akademik sendiri dimana pihak owner data boleh mengeluarka perlaporan sendiri dan owner juga boleh membuat customize data berdasarkan OD permintaan yang datangan dari fakulti, PTJ pusat dan Badan Luar. Insyaallah dengan terhasilnya dashboard ini pihak Pengurusan Atasan juga boleh membuat pemantauan dan keputusan bagi sebarang isu dan masalah. Terima kasih juga kepada team Pej TNC A & A yang banyak membantu dalam perlaksanaan Dashborad Akademik ini. Ahli-ahli yang terlibat adalah Hjh Najmah, Dr Hazarina, En Fazilah, Hjh Linda, Pn Intan, En Isfahreen, Pn Safriza, Pn Najwa, Pn Raudah, Pn Zetty, En Nabil, Pn Leila, Pn Ziela, Pn Aisyah dan tak lupa juga pihak cict yang bertungkus lumus iaitu En Mokhles, Cik Nurul Hamiza dan En Rizam.

Saya sertakan gambar2 suka dan duka sepanjang perlaksanaannya..thanks you so much.