Simposium Kerajaan Tempatan Peringkat Kebangsaan

Saya terlibat dalam pembentangan untuk simposium Kerajaan Tempatan dengan topik ‘Ke Arah Pemerkasaan Pemuliharaan Bangunan Usang Sebagai Aset PBT’ yang diadakan pada 11-12 November lepas di Putrajaya.

Topik yang saya bentangkan adalah berkenaan Bandar Diraja.Sebahagian dari pembentangan ini adalah hasil penyelidikan khas yang telahpun diserahkan kepada penaja iaitu Jabatan Warisan Negara (JWN). Penyelidikan tersebut masih dalam proses semakan terakhir oleh JWN. Oleh itu, penyelidikan ini belum sesuai untuk
dibentangkan kepada umum. Saya tidak dapat membentangkan keseluruhan kandungannya
di sini tetapi akan memilih mana-mana yang dirasakan sesuai dan memadai sahaja.

Pembentangan ini lebih bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan membentuk
kefahaman dalam kalangan para hadirin. Secara umumnya, peserta menyokong usaha pemuliharaan Bandar Diraja ini. Banyak soalan yang diterima tetapi tidak ada komen yang bersifat kritikal.

Moga masyarakat lebih cakna terhadap kepentingan warisan buat generasi akan datang.