Perbincangan bersama FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai FRIM (kependekan dari Forest Research Institute Malaysia) sedang dalam proses untuk memohon status Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kampus FRIM di Selangor ini merupakan hutan tropika ‘buatan’ manusia. Tapak FRIM pada asalnya merupakan tapak perlombongan pada hampir 100 tahun yang lalu. Kini, ia kaya dengan khazanah alam semulajadi dan tropika melalui intervensi manusia.

Banyak yang kita boleh pelajari dari FRIM. Saya juga merasakan, Australia yang baru-baru ini dilanda kebakaran hutan yang teruk, boleh belajar dari pihak FRIM tentang perhutanan semula (reforestation).

Kami di ISI , dengan hati terbuka, ingin turut sama menjadi sebahagian daripada pembangunan FRIM untuk mencapai hasrat mendapatkan status tapak warisan dunia, serta pembangunan dari segi fizikal dan akademiknya.