Syed Iskandar Ariffin adalah Pengasas dan Pengarah Pertama Pusat Kajian Alam Bina
Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia. KALAM memberikan fokus
kepada kajian dalam warisan senibina dan alam bina di negara ini. Kini terdapat lebih
600 koleksi kajian sejarah dan senibina terdapat di KALAM.
Beliau kini adalah Pengarah Eksekutif, Institut Sultan Iskandar (ISI), sebuah entiti
penyelidikan gunaan yang bersifat mandiri sebagai syarikat milik penuh UTM. Selain
menjadi Ahli Kanan, Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina Malaysia (MAPS),
Lembaga Arkitek Malaysia, beliau adalah juga Ahli Jawatankuasa Pakar Senibina dan
Landskap, Jabatan Warisan Negara.
Akademik
- 2000 : Ph.D. Vernacular Architecture, Oxford Brookes University, Oxford, UK
- 1993: MSc Architectural Conservation, Edinburgh College of Arts, Scotland
- Hull School of Architecture, Humberside College of Higher Education
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan Pahang
- Sekolah Dato’ Abdul Razak