Select Page

Tarikh: 26 Oktober 2020 (Sesi 1)
17 November 2020 (Sesi 2)
Masa: 9.15 pagi
Auditor: WCC

PENEMUAAN AUDIT

1.Pengurusan Rekod

  • Pemeriksaan KEWPA-2/3 dibuat secara keseluruhan bagi harta tetap dan inventori yang berada di N31 dan juga yang telah dipindah ke T02.
  • Mendapati terdapat KEWPA-2/3 yang tidak lengkap dan berstatus drafted.
  • Tidak mengemaskini KEWPA 2/3 bagi lokasi aset yang telah dipindahkan dan nama pegawai bertanggung- jawab yang baru.
  • KEWPA 2/3 juga tidak disusun dengan baik di dalam fail dan menyukarkan pemeriksa untuk menyemak.

       Tindakan

  • Mengemaskini lokasi dan nama pegawai bertanggung- jawab di sistem UTMFin.
  • Mencetak KEWPA 2/3 yang baru dan lengkap
  • Menyusun KEWPA 2/3 mengikut tahun perolehan dan melabel fail aset.
  1. Keadaan Aset
  • Pemeriksaan keadaan harta tetap dan inventori telah dilakukan hanya untuk aset yang berada di T02.
  • Terdapat juga aset yang tidak diketahui samada masih berfungsi atau tidak.
  • Beberapa aset telah dipinjam dan mempunyai KEWPA 9 yang lengkap.

Tindakan

  • Telah memaklumkan pada auditor berkenaan keadaan aset di N31 yang tidak dapat diperiksa.
  • Perlu melakukan pemeriksaan/pemantauan berterusan ke atas aset untuk memastikan samada masih berfungsi atau tidak.
  • Melantik staf bertanggungjawab untuk setiap aset mengikut lokasi; pejabat, makmal dan IT.
  1. Pelekat/Barkod UTM
  • Didapati beberapa aset masih belum ditampal dengan pelekat/barkod UTM.
  • Terdapat juga pelekat/barkod UTM yang telah pudar dan no barkod tidak dapat dibaca.

Tindakan

  • Perlu menampal pelekat/barkod UTM di kesemua aset yang dimiliki di tempat yang mudah dilihat.
  • Menggantikan pelekat baru supaya jelas dan mudah dibaca.