Select Page

KIM..KIK..KISAS..Kolej Islam Sultan Alam Shah

Harum namanya semerbak mewangi

Terbangun di atas penderitaan, kesulitan dan pengorbanan

Besar jasanya pada diri kita, anak didik Bumi Waqafan

Bumi Waqafan..Bumi Ukhuwah..di sini terpancar hidayah

Bumi Waqafan..Bumi Tercinta..di sini tertanam mutiara

Kota ini zahirnya usang, namun sedari di dasarnya

Tertanam mutiara berkurun lamanya, sukar dibongkar menjejaknya

Payah ditemui sukar digali, yang tabah pasti memiliki

Bumi Waqafan..Bumi Tarbiyah, di sini kasihku tertumpah

Bumi Waqafan..Bumi Taqwa, di sini bermula segala

Fastaqim kama umirta…akan tegakkah teguhkah ia

Terlaksanakah Biah Solehah, yang sering dicita-cita

Generasi Tunas Harapan..oraklah langkah menuju Ilahi

Jatuh bumi ini..bangun bumi ini, adalah kita penentunya

Kesempatan itu masih ada, oleh itu pergunakan ia.

 

Nasyid ini mengimbau kembali memori ketika saya menuntut ilmu di “bumi waqafan” ini. Bumi Waqafan adalah nama panggilan buat Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Ianya  sangat istimewa buat kami yang pernah menuntut di sini.

Apa 5 keunikan (5 Unique)) di Kisas ini:

1. Tarbiah

Tarbiah ialah pendidikan atau pengasuhan. Di sinilah kami dididik dengan pendidikan yang berteraskan Islam. Dari segi pembelajaran sehinggalah menjalani kehidupan seharian, semua ini diturunkan dari generasi ke generasi yang pernah menuntut di sini.

2. Teachers

Teachers ialah guru-guru yang berdedikasi. Guru-guru yang kami kenali di sini sangat berdedikasi dalam mendidik anak murid mereka. Selain itu, mereka juga sangat penyayang dan prihatin. Memandangkan, kami duduk di asrama, jadi guru-guru KISAS seumpama ibu bapa kedua buat kami.

3. Friends

Friends ialah sahabat-sahabat yang baik. Di sinilah aku mengenali sahabat-sahabat yang datang dari pelbagai latar belakang dan status, dengan dialek yang berbeza, tapi kami tetap bersahabat baik.

4. Biah Solehah

Biah Solehah ialah suasana hidup Islam yang kondusif. Amalan hidup muslim seharian sangat dijaga, dari solat berjemaah, solat sunat, bacaan mathurat dan berusrah, sentiasa dilakukan di sini. Kami turut dididik dalam menjaga ikhtilat dan pergaulan di antara muslimin dan muslimat. Di antara perkataan yang popular di sini ialah babul liqa’, thiqqah, biah solehah, ana anta, asobiyyah dan banyak lagi sebenarnya.

5. Ukhuwah

Ukhuwah ialah ikatan persahabatan yang terjalin di sini sangat bermakna. Bumi ini telah mengajar kami erti ikatan ukhuwah filllah, iaitu berkasih sayang kerana Allah. Mengenali sahabat-sahabat yang baik dan sama-sama berjuang dalam menuntut ilmu, sangat-sangat bermakna dalam mengharungi hidup ini. Walaupun masing-masing telah meninggalkan bangku sekolah, tapi kami masih lagi berhubungan dan saling membantu jika ada masalah.

Itulah di antara keistimewaan yang ada di KISAS. Sama juga seperti sekolah-sekolah lain. Ia meninggalkan memori pahit dan manis semasa berada di alam persekolahan.

 

Gambar ini dari ikhsan Google.