Select Page

Apa itu Canva?

Hah macamana saya tahu mengenai Canva ni. Mula-mula saya tahu mengenai Canva ini adalah melalui platform FB. Ada seorang kenalan yang telah berkongsi mengenai Kelas Canva secara atas talian dan berbayar. Tetapi disebabkan harganya yang mahal, jadi niat untuk mempelajari Canva pun terhenti di situ. Beberapa minggu selepas itu, rakan pejabat saya sekali lagi cuba memperkenalkan saya dengan Canva ini. Menarik juga melihat teknik yang digunakan dalam merekabentuk poster dan brosur hanya menggunakan kaedah mudah ini dan yang pasti percuma saja di atas talian.
Jom kita kenali lebih lagi mengenai Canva ini.
Canva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk Creative Design secara virtual dan atas talian. Pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dan mudah dibuat secara dalam talian dan antaranya adalah kad ucapan, poster, brosur, infografik dan lain-lain lagi. Canva boleh diakses dengan mudah melalui web atas talian atau melalui telefon mudah alih.
Sejarah Canva bermula dari tahun 2012. Canva dihasilkan oleh Melanie Perkins yang juga telah mewujudkan Fusion Books, penerbit buku ternama di Australia. Pada tahun pertamanya, Canva melonjak dengan menghasilkan sejumlah 750.000 pengguna. Pada tahun 2017, Canva telah mencapai fasa di mana perusahaan tersebut mendapat keuntungan yang sangat memberangsangkan dan amat positif. Sekarang Canva mempunyai 10 juta pengguna dengan skop capaian sehingga 169 negara.
Jom sama-sama saksikan dan belajar secara virtual bersama.Pn. Suzanna Abdullah bagaimana membuat reka bentuk serta corak yang kreatif serta percuma dengan aplikasi Canva.

 

Canva di link https://www.canva.com/