Pembentukan peribadi anak memerlukan 7 asas didikan penting ini, iaitu, tauhid/ibadah, intelektual/akal, ruh/jiwa, fizikal, kemasyarakatan, ekonomi, dan politik.
1. Tauhid
- Mengajar anak mengenal Allah dan siapa sebenar Tuhannya.
- Mengajar anak mengetahui tentang tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan sebagai umat Rasulullah.
- Menanam kecintaan anak kepada Allah dan Rasulullah, malah menjadikan baginda sebagai role model.
- Mendorongnya melaksanakan ibadah seperti solat, puasa dan amalam-amalan ibadah lain supaya anak-anak mempunyai kerterikatan dengan hukum-hukum Allah.
2. Intelektual
- Memotivasikan anak supaya mereka bersemangat untuk mencari dan mencintai ilmu pengeratahuan, kerana menuntut ilmu adalah ibadah utama yang dapat mendekatkan hamba kepada Rabb-Nya.
- Membimbing anak-anak untuk memahami hukum-hukum Islam, mencarikan guru yang soleh, mendidik anak untuk mahir bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain
- Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya, menyediakan bahan bacaan di rumah dan menceritakan kisah hidup orang-orang soleh
3. Ruh
- Membentuk jiwa anak-anak supaya hati mereka bersih, bersangka baik, dan seterusnya menjadi manusia yang baik
- Memberikan perhatian dan kasih sayang secara fizikal seperti ciuman, belaian, bermain dan bergurau senda bersama anak serta mengatakan rasa sayang terhadap anak secara lisan
- Menunjukkan rasa sayang dengan memberi hadiah, penghargaan dan pujian kepada anak-anak. Hal ini akan memberikan impak yang besar pada rasa saling berkasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak serta dapat melembutkan jiwa mereka
- Membentuk jiwa anak-anak dengan menyambut mereka dengan penuh kehangatan. Sambutan yang penuh hangat akan membuka jiwa mereka dan akan memudahkan mereka untuk menceritakan masalah yang dihadapi
- Sering bertanya dan mengambil perhatian tentang keadaan anak. Anak-anak yang dilayan dengan penuh kasih sayang dan diberi perhatian penuh akan memperlakukan orang lain dengan hal yang sama.
4. Kemasyarakatan
- Membina anak-anak untuk melakukan interaksi sosial bersama masyarakat, menanam sifat prihatin dan bertanggungjawab terhadap persoalan umat
- Menerapkan dalam jiwa anak-anak bahawa muslim yang baik akan menjaga diri sendiri dan masyarakat sekeliling kerana itulah tugas sebagai khalifah
- Ajarkan mereka aturan interaksi sosial iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan serta hukum-hukum kemasyarakatan seperti ekonomi, hubungan dengan jiran tetangga, saudara-mara, rakan-rakan dan sebagainya
- Mengajak mereka menghadiri majlis pertemuan orang dewasa, menghadiri ceramah di masjid, ikut serta dalam kegiatan sosial kemasyarakatan, mengunjungi jiran yang sakit, memberikan sedekah kepada fakir miskin dan sebagainya. Mereka juga boleh dilibatkan dalam urusan keperluan keluarga seperti turut serta memberi pandangan dan cadangan
5. Fizikal
- Mengajar anak-anak untuk menjaga fizikal, yakni tubuh badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan aktiviti harian
- Memberi anak-anak pendidikan akhlak agar mereka terhindar dari penyimpangan dan kesalahan
6. Ekonomi
- Mengajar anak-anak cara pengurusan kewangan yang baik
- Memahamkan mereka tentang ekonomi hidup agar tidak membazir dan berlebih-lebihan dalam berbelanja
7. Politik
- Mendidik anak-anak supaya menjadi adil dan membuat keputusan yang baik dalam hidup
(Nota ini dicatat semasa mendengar rakaman radio IKIM dalam slot Motivasi Pagi pada 23 Disember 2020)
