Select Page

Dengan wabak pandemik coronavirus yang melanda seluruh dunia dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, semua aktiviti harian terganggu disebabkan oleh pengehadan pergerakan ini yang menggalakkan penjarakkan sosial. Oleh itu, banyak majikan (sektor servis bukan keperluan) yang telah memberi pelepasan kepada pekerja untuk work from home sehingga wabak ini dapat dikawal.

Ramai orang beranggapan bahawa work from home adalah suatu kerja idaman di mana kita tidak perlu berhadapan dengan trafik, tidur yang mencukupi dan dapat mengambil masa untuk bersenam. Namun, work from home mempunyai kebaikan dan keburukan yang ketara – dapat duduk di rumah dan kurangkan kos pengangkutan tetapi lebih susah untuk fokus dari rumah. Masalah lain yang dihadapi adalah:

  • Lokasi atau tempat kerja yang kurang sesuai
  • Pengurusan masa yang teruk dan kurang infrastruktur untuk bekerja
  • Komunikasi yang kurang efektif
  • Perasaan malas dan perasaan bekerja keseorangan

Ibu yang bekerjaya yang lain pasti melauinya kan. Terutama untuk ibu yang menpunyai anak bawah 5 tahun pasti melalui kesukaran untuk work from home. Selain mereka memerlukan perhatian, anak-anak yang pada usia ini masih belum memahami sebetulnya situasi kita dan memerlukan bantuan kita sepenuhnya untuk mereka mengurus diri.

Apa lagi yang boleh ibu lakukan untuk kekal fokus dan kekal sihat dari segi mental apabila perlu work from home? Berikut adalah 7 tips work from home bersama anak-anak yang dikongsikan oleh Puan Siti Noraishah binti Mohammad Ramlan dalam Sesi Pengkayaan Ilmu: Siri Kuliah Pengurusan dan Pentadbiran UTM pada 9 April 2020 yang lalu.

 

  1. Menyiapkan keperluan
  • Menyiapkan keperluan anak-anak & keluarga terlebih dahulu sebelum melakukan kerja
  • Menyiapkan kerja rumah seperti memasak, menyidai baju dll
  • Menyiapkan makanan, pakaian dsbgnya untuk memudahkan mereka mengambilnya. Ini sesuai untuk anak-anak yang berusia 5 tahun ke atas.
  • Sediakan satu sudut yang mudah mereka capai tanpa perlu pantauan kita seperti menyediakan kotak mainan atau menghidangkan makanan di atas meja.
  1. Pengurusan masa berstruktur dan sepadan
  • Mengatur jadual harian anak-anak seperti masa makan, main rehat dsbgnya (mulai bangun pagi, mandi, makan, belajar, bermain, hingga malam hari)
  • Menggunakan komunikasi yg sesuai dan sejajar (bagi mengelakkan konflik) mudah difahami oleh anak-anak
  • Menyediakan jadual jam berwarna, menarik dan jelas dilihat, malah mudah untuk mereka patuhi
  • Ibu juga turut mengatur jadual kerja sendiri dengan menyenaraikan to-do-list dan due date bagi setiap tugasan
  • Ambil sedikit masa untuk berehat dalam 10 hingga 30 minit untuk setiap 1 jam bekerja bagi mengelakkan stress. Ambil peluang ini untuk fokus dan memberi perhatian kepada anak-anak seperti masa bermain dan belajar bersama mereka.
  1. Tawarkan pilihan
  • Memberi pilihan aktiviti kepada anak-anak dalam sehari (contoh: 3 aktiviti sehari)
  • Memberi ganjaran jika berjaya menyelesaikan sesuatu aktiviti
  • Contoh ganjaran dalam bentuk token atau sticker, aiskrim bergantung kesesuaian dan kesukaan anak-anak
  1. Meminta bantuan
  • Meminta bantuan anak-anak yang lebih besar untuk menjaga adik-adik semasa kita bekerja, jika berjaya laksanakan dengan baik, kita berikan ganjaran/star
  • Meminta bantuan saudara/datuk/nenek/ahli keluarga lain untuk berinteraksi dengan anak kita melalui video call serta melakukan aktiviti bercerita, teka-teki dll
  • Ibu juga boleh mempertimbangkan untuk meminta bantuan penjagaan anggota keluarga yang lain, misalnya, suami, ibu/ibu mertua atau adik beradik dalam memastikan kerja kita siap mengikut masa, sementara anak-anak tidak merasa terabai kerana ada orang lain yang menemaninya bermain
  1. Interaksi sosial
  • Elakkan bersendirian terlalu lama kerana ibu juga memerlukan interaksi sosial bagi menjamin kesihatan mental ketika ibu work from home
  • Interkasi sosial juga membantu produktiviti kerja kita
  • Jadi, ibu perlu manfaatkan teknologi untuk tetap bersosial sepanjang kita berada di rumah bagi mengelakkan stress yang melampau tanpa kita sedar
  1. Bertukar syif
  • Berbincang dengan pasangan untuk bergilir-gilir melakukan tugasan dari rumah
  • Cuba mengenali pasangan dan turut berbagi kerja rumah yang boleh dia lakukan bagi meringankan beban kita
  • Berterus terang dengan pasangan untuk mendapat kerjasama daripada pasangan dan dia memahami kita memerlukan bantuan dia
  • Mengenalpasti masa yang produktif untuk bekerja, samada waktu pagi, petang atau malam
  1. Menerima dan urus gangguan
  • Menerima dengan redha dan urus gangguan untuk meminimakan tekanan kita kerana anak-anak tetap anak-anak dengan sifat ingin tahu mereka
  • Contoh ibu boleh memberi 3 helai nota untuk mereka menulis semasa kita work from home
  • Memberi signal atau isyarat yang kita tidak mahu diganggu ketika work from home
  • Menyiapkan ruang kerja di rumah yang selesa untuk ibu bekerja dapat mengurangkan gangguan dan memberi lebih fokus dalam melaksanakan kerja.

Demikian beberapa tips work from home bersama anak-anak yang boleh ibu cuba dipratikkan. Ingatlah untuk menetapkan keutamaan ibu itu penting, dan elakkan memaksa diri ibu juga. Pasti ibu-ibu akan kekal fokus dan kekal sihat sepanjang PKP ini.

#dudukrumah

#kitajagakita