Seksyen Pentadbiran Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan program ini pada 19 November 2020, Khamis melalui rangkaian Webex bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Penceramah jemputan ialah En. Mohd Najib bin Masroom.
Tujuan program “Latihan CCIN Competent” diadakan adalah untuk meningkatkan mutu penulisan surat rasmi dari segi penggunaan bahasa, membezakan antara surat dan memo yang digunakan dalam urusan rasmi dan memberi pendedahan kepada staf cara penggunaan format dan tatabahasa yang betul.