Select Page

Tujuan

  1. Mengenalpasti keadaan aset di lokasi
  2. Memastikan perekodan aset alih lengkap, tepat dan dikemaskini
  3. Memastikan aset alih berada di lokasi yang didaftarkan dalam borang KEW.PA 2 & KEW.PA 3

Harta Tetap

  1. Pemeriksaan merangkumi aset semasa & aset sedia ada. (Aset baru beli+ Aset lama yang masih wujud dilokasi)
  2. Nilai LEBIH RM3,000.00/unit
  3. Kategori: Mesin, Peralatan & Kelengkapan Pejabat
  4. Pastikan semua HARTA TETAP telah didaftarkan di UTMFIN
  5. Borang KEW.PA 10 (Laporan Pemeriksaan Harta Tetap)

Inventori

  1. Pemeriksaan merangkumi aset semasa & aset sedia ada. (Aset baru beli+ Aset lama yang masih wujud dilokasi)
  2. Nilai KURANG RM3,000.00/unit
  3. Kategori: Perabot, Peralatan dan Kelengkapan Pejabat
  4. Pastikan semua INVENTORI telah didaftarkan di UTMFIN
  5. Borang KEW.PA 11 (Laporan Pemeriksaan Inventori)

Sijil Pemeriksaan Harta Tetap & Inventori

  1. Perlu disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab
  2. Borang KEW.PA 12

Tindakan Pegawai Aset di lokasi

Pegawai Aset perlu menyediakan dan mengemaskini dokumen yang berikut sebelum pemeriksaan aset dijalankan:

  1. KEW.PA 2 – Daftar Harta Tetap
  2. KEW.PA 3 – Daftar Inventori
  3. KEW.PA 4 – Senarai Harta Tetap
  4. KEW.PA 5 – Senarai Inventori

Boleh dijana dari Sistem UTMFin bagi PTJ yang telah merekod harta tetap/inventori ke Sistem UTMFin.

Tindakan semasa Audit oleh Pegawai Pemeriksa (Auditor)

  1. Menyemak fizikal Harta Tetap dan Inventori untuk mengetahui keadaan dan prestasinya
  2. Memastikan setiap Harta Tetap & Inventori menpunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan dikemaskini dengan memeriksa KEW.PA 2, 3, 4 & 5.
  3. Memastikan setiap Harta Tetap dan Inventori berada dilokasi yang sama seperti yang tercatat dalam daftar
  4. Mengesyorkan tindakan pembaikan atau pelupusan sekiranya Harta Tetap dan Inventori didapati rosak atau tidak diperlukan lagi
  5. Melengkapkan, menandatangani dan mengemukakan Laporan Pemeriksaan Harta Tetap (KEW.PA-10) dan Laporan Pemeriksaan Inventori (KEW.PA-11) kepada Ketua PTJ

(Maklumat dari Taklimat Pemeriksaan Aset Alih Tahun 2020 di Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Jabatan TNCPI , 28 September 2020 bertempat di Dewan Senat, jam 2.30 – 5.00 petang)