Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017, tempoh cuti bersalin bergaji penuh telah ditambah menjadi 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Biasanya cuti bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimana pun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Antara point penting dari pekeliling ini:
- Cuti bersalin separuh gaji dan tanpa gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
- Pengiraan tempoh cuti bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal.
- Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi cuti bersalin.
Cara memohon cuti bersalin
- Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan cuti bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan ini;
- bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan; dan
- Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.
Borang Kemudahan Cuti Bersalin UTM
Borang Tambahan Tangungan UTM
Contoh Nota Serah Tugas
Sebelum pegawai bercuti panjang – cuti bersalin, jangan lupa untuk membuat Nota Serah Tugas untuk pegawai yang akan menanggung tugas nanti. Hal ini bagi mengelakkan kerja-kerja terganggu dan tertangguh. Selepas bersalin, sila minta kepada doktor yang bertugas untuk surat akuan bersalin di hospital untuk diserahkan kepada PSM.
Pelarasan cuti ini akan dibuat setelah menerima dokumen perakuan bersalin yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar. Setelah kembali bertugas, pegawai adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan Sijil Perakuan Bersalin asal kepada PSM bagi tujuan rekod dan kemudian mengisi Borang Tambahan Tangungan beserta salinan Surat Kelahiran anak.
Senarai semak sebelum dan selepas bersalin
- Borang Kebenaran Pulang Awal 1 Jam (sebelum bersalin – 22 minggu dan ke atas) – Rujuk
- Gurantee Letter (GL)/ Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (sebelum bersalin)
- Borang Permohonan Kemudahan Cuti Bersalin (sebelum bersalin)
- Surat Pengesahan Tarikh Jangka Bersalin (EDD) dari klinik (sebelum bersalin)
- Nota Serah Tugas (sebelum bersalin)
- Surat Akuan Bersalin di hospital (selepas bersalin)
- Borang Tambahan Tanggungan (selepas bersalin)
Moga post ini menjadi panduan kepada staf lain yang ingin memohon cuti bersalin ini.