Tarikh: 26 Oktober 2020 (Sesi 1)
17 November 2020 (Sesi 2)
Masa: 9.15 pagi
Auditor: WCC
PENEMUAAN AUDIT
1.Pengurusan Rekod
- Pemeriksaan KEWPA-2/3 dibuat secara keseluruhan bagi harta tetap dan inventori yang berada di N31 dan juga yang telah dipindah ke T02.
- Mendapati terdapat KEWPA-2/3 yang tidak lengkap dan berstatus drafted.
- Tidak mengemaskini KEWPA 2/3 bagi lokasi aset yang telah dipindahkan dan nama pegawai bertanggung- jawab yang baru.
- KEWPA 2/3 juga tidak disusun dengan baik di dalam fail dan menyukarkan pemeriksa untuk menyemak.
Tindakan
- Mengemaskini lokasi dan nama pegawai bertanggung- jawab di sistem UTMFin.
- Mencetak KEWPA 2/3 yang baru dan lengkap
- Menyusun KEWPA 2/3 mengikut tahun perolehan dan melabel fail aset.
- Keadaan Aset
- Pemeriksaan keadaan harta tetap dan inventori telah dilakukan hanya untuk aset yang berada di T02.
- Terdapat juga aset yang tidak diketahui samada masih berfungsi atau tidak.
- Beberapa aset telah dipinjam dan mempunyai KEWPA 9 yang lengkap.
Tindakan
- Telah memaklumkan pada auditor berkenaan keadaan aset di N31 yang tidak dapat diperiksa.
- Perlu melakukan pemeriksaan/pemantauan berterusan ke atas aset untuk memastikan samada masih berfungsi atau tidak.
- Melantik staf bertanggungjawab untuk setiap aset mengikut lokasi; pejabat, makmal dan IT.
- Pelekat/Barkod UTM
- Didapati beberapa aset masih belum ditampal dengan pelekat/barkod UTM.
- Terdapat juga pelekat/barkod UTM yang telah pudar dan no barkod tidak dapat dibaca.
Tindakan
- Perlu menampal pelekat/barkod UTM di kesemua aset yang dimiliki di tempat yang mudah dilihat.
- Menggantikan pelekat baru supaya jelas dan mudah dibaca.


