Tarikh: 17 Disember 2019
Pada 17 Disember yang lalu bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai telah pun berlangsung Bengkel Perancangan Strategik CSNano 2020-2022. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 16 orang peserta termasuk staf akademik dan staf pentadbiran CSNano.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan gambaran tentang perancangan CSNano bagi tahun 2020-2022. Selain itu, bagi mendapatkan maklumbalas dan pandangan daripada semua ahli CSNano yang lain terhadap perancangan ini. Malah, beberapa aktiviti telah dirangka dan disasarkan pada tahun 2020 nanti, selaras dengan kehendak dan halatuju CSNano yang baru.
Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjalan lancar dan menepati objektif bengkel seperti yang dinyatakn. Dengan berakhirnya bengkel ini, pihak pengurusan CSNano telah berjaya merancang perancangan CSNano bagi tahun 2020-2022.
Semua peserta yang hadir amat berpuas hati dengan bengkel yang dijalankan dan pihak pengurusanturut berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua peserta bengkel ini.
Berikut adalah gambar-gambar ketika bengkel tersebut berlangsung.