Select Page

 Tarikh: 12 November 2019

Jawatankuasa OSHE Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Ceramah Pengurusan Keselamatan dan Kebakaran, yang disampaikan oleh PB 9525 Zamani bin Md. Zin, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Johor.

Objektif utama ceramah ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan staf mengenai pencegahan kebakaran dan langkah keselamatan jika berlakunya kebakaran yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Di antara topik yang dikongsikan ialah:

  1. Pencegahan Kebakaran
  2. Punca Kebakaran
  3. Kaedah Kebakaran Merebak
  4. Kaedah Pemadaman Api Kebakaran
  5. Sistem Perlindungan Pasif dan Aktif
  6. Kelas Api dan Jenis Alat Pemadam Api yang sesuai
  7. Housekeeping
  8. P.O.W.D.E.R.

Di akhir ceramah, PB 9525 Zamani telah berkongsi tips-tips jika berlaku kebakaran di rumah, pejabat atau kereta.