Tokyo, Japan Vacation

Tempat vacation yang dipilih pada kali ini adalah di Tokyo, Japan. Kenapa memilih tempat ini? Sebab nak tengok bunga sakura.

Bunga sakura tidak berbunga sepanjang tahun. Ianya hanya dapat dilihat pada musim bunga/ spring di Jepun.  Para pelancong boleh yang boleh menikmati bunga sakura yang tengah kembang mekar cantik dengan warna merah jambu lembutnya. Ianya tumbuh di banyak kawasan di Jepun.

Bunga Sakura berdekatan tempat penginapan.

Ada juga kacukan warna pink dan putih.

Jika ingin melihat bunga sakura yang banyak dan puas hati, boleh la pergi ke park:

“Shinjuku Gyoen National Park”

Kira-kira 65 jenis pokok bunga sakura terdapat di sini. Keluasan park atau taman ini adalah 58.3 hektar. Harga tiket adalah 200 yen bagi dewasa dan pengunjung dapat menikmati bunga-bunga sakura tanpa had masa.

Rupa bunga sakura pada jarak dekat.

“Akihabara – Syurga Elektronik”

Di tokyo ini, terdapat beratus kedai yang menjual barang-barang elektrik dan elektronik yang berjenama. Para pengunjug boleh pergi ke Yodabashi-Akiba. Kedainya yang besar lebih kurang 5 tingkat. Jenuh berjalan…..

Salah satu tips jika ingin melancong di Jepun, adalah dengan memilih tempat penginapan yang dekat dengan train station. Train di Jepun adalah sangat effektif dan menetapi masa.

Hotel yang saya menginap.

“Shibuya – Persimpangan yang paling sibuk di dunia”

Ni la persimpangan jalan yang paling sibuk di dunia. Dikenali sebagai “Shibuya Crossing”. Salah satu babak dalam filem “Tokyo Drift”.

“Ueno Park” (Taman Eeno-onshi)

Lagi satu taman atau park jika pengunjung ingin melihat bunga sakura yang banyak dan puas hati.

“Takeshita Street”

Street yang penuh dengan ole-ole yang murah…