CoV

Sibuk dari awal tahun dengan isu virus Influenza dan terus menerus bersambung dengan Coronavirus pulak. Berikut sedikit info berkaitan CoV dan langkah2 prevention yang perlu diambil.

Apa Itu Coronavirus (CoV)?

Novel Coronavirus yang bermula di Wuhan dinamakan sebagai 2019-nCov.

Coronavirus adalah salah satu famili virus yang lazimnya menjangkiti saluran pernafasan.

Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesis baru virus dalam famili coronavirus yang belum pernah ditemui oleh manusia.

Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia.

Jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selesema yang lain dan komplikasi lebih teruk pada golongan lemah imunisasi badan.

Sumber Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Sumber www.moh.gov.my

Cara Untuk Semak Kadar Tol PLUS

Dengarnya tol PLUS akan diberi  diskaun 18 peratus dan konsesi tol disambung sehingga 20 tahun sumber dari Funtasticko.net. Alang-alang nak dapat diskaun boleh lah try semak kadar tol PLUS dalam laman web PLUS (www.plus.com.my)

Contoh kadar tol PLUS dari Alor Pongsu – Simpang Ampat mengikut jenis kenderaan

Kerajaan tak jadi jual PLUS – Konsesi tol disambung 20 tahun dengan diskaun tol 18 peratus

 

Kursus Introduction To 132KV UTMJ SUBSTATION

KURSUS TEKNIKAL – ‘INTRODUCTION TO 132KV UTMJ SUBSTATION : MAINTENANCE & DESIGN SCHEME’

Tarikh
21 Januari 2020 (Selasa)

Masa
2.00 petang – 4.00 petang

Tempat
Bilik Tutorial 5, Blok P19a, UTM

Sehubungan dengan itu, dijemput semua staf seperti didalam edaran emel ini untuk hadir ke Kursus Teknikal ini.

Mohon agar dapat memberi maklumbalas kedatangan pada kalendar ini untuk rujukan pihak penganjur program

Kehadiran penuh staf sepanjang tempoh kursus akan diambil kira sebagai mata CPD dan direkodkan dalam sistem UTMSmile.

Notis Pemakluman Penutupan Sistem Hawadingin Sepusat Di BCSI, UTM JB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera,

Ybrs Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Saudara,

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak JHB akan melakukan penutupan sistem hawadingin sepusat pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 9 Januari 2020 (Khamis) sehingga 9 Febuari 2020

Kawasan Terlibat : Semua ruang pejabat di Bangunan Canseleri Sultan Iskandar di tingkat 1, 2, 3 dan 4 yang menggunakan sistem hawadingin sepusat.

Penutupan sistem hawadingin ini adalah disebabkan oleh kerja penggantian sistem hawadingin sepusat yang baru di bangunan tersebut. Namun demikian, sistem hawadingin split yang terdapat di bilik-bilik utama, mesyuarat dan dewan senat masih boleh digunakan seperti biasa.

Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama dari tuan/puan supaya dapat memaklumkan mengenai penutupan sistem hawadingin sepusat ini kepada pelajar dan staf yang berada di kawasan yang terlibat.

Pihak JHB akan menyediakan kipas dan portable aircond di beberapa tempat yang strategik bagi mengurangkan masalah pengudaraan di bahagian tersebut

Segala kesulitan yang timbul akibat dari kerja penggantian sistem hawadingin ini amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Harta Bina
Universiti Teknologi Malaysia

81310, UTM Johor

Influenza

Apa itu influenza?

Ini adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.

Apakah yang menyebabkan penyakit ini?

Terdapat pelbagai jenis rangkaian virus selesema yang biasa. Rangkaian virus yang bertanggungjawab untuk musim selesema tertentu akan berubah dari masa ke semasa mengikut wabak.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Terdapat 2 jenis vaksin, iaitu vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan dan vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu. Setiap vaksin mengandungi 3 rangkaian virus influenza yang berkemungkinan besar menyebabkan jangkitan selesema di dalam satu-satu kawasan dalam tahun tersebut.

Vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu boleh diberikan melalui suntikan ke dalam otot setiap tahun untuk kanak-kanak berusia daripada 6 bulan hingga ke 5 tahun. Vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan boleh diberi setiap tahun melalui semburan hidung untuk kanak- kanak berusia lebih daripada 5 tahun.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin kepada anak-anak mereka setiap tahun bagi mengelakkan jangkitan ini.

Apakah wabak selesema dan bagaimana ia berbeza daripada selesema biasa seperti yang di atas?

Wabak selesema yang meluas di seluruh dunia berlaku setiap 30 tahun sekali. Ia boleh merebak dengan cepat dan melibatkan ramai orang di serata dunia dan boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius dan boleh membawa kematian.

Apabila berlakunya serangan wabak selesema ini, masyarakat hendaklah mengambil langkah-langkah untuk menyekat kitaran jangkitan sesama manusia. Vaksin yang berkesan semasa wabak selesema hanya boleh dihasilkan selepas bermulanya wabak tersebut di mana rangkaian virus yang bertanggungjawab telah dikenal pasti.

Virus selesema ini yang didapati pada burung-burung yang berhijrah dan binatang ternakan seperti ayam boleh menjangkiti manusia. Oleh itu, jika musim selesema burung berlaku dalam jangka masa terdekat, ia boleh membawa kepada wabak selesema yang meluas ke seluruh dunia pada masa akan datang.

Semakan akhir : 02 Mei 2010
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber :  Facebook Health Malaysia

Sistem Aduan Kerosakan eCS2

JHB telah menggantikan sistem aduan kerosakan eCS1 (Archibus) kepada eCS2. Aku terlibat secara langsung dari segi penggunaan di tapak dengan sistem eCS2 ni yg di bangunkan sepenuhnya oleh UTM (CICT). Secara ringkasnya eCS2 ni ada 2 platform iaitu IOS & android yang boleh dimuaturun di Apple Store dan Andoid Market secara percuma. Cuma pengguna IOS kena ada apps test flight (aku pun tak tau lebih2 kenapa) baru boleh dimuat turun. Pengadu pula boleh membuat laporan samada menggunakan telefon ataupun PC. Semua proses kerja pembaikan sehinggalah selesai adalah melibatkan penggunaan aplikasi pada telefon sepenuhnya, sesuai dengan teknologi sekarang. Penggunaan secara rasmi eCS2 adalah pada 1 Januari 2020.

Layout Zon ECS2 2019

Proses bagaimana nak buat aduan

Kursus Kefahaman Spesifikasi L-S1 & Pemasangan Elektrik Ditapak Bina

Penganjur : Kelab Sukan Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Johor
Tajuk         : Kursus Kefahaman Spesifikasi L-S1 &  Pemasangan Elektrik Di Tapak Bina
Lokasi       : Hotel Holmes, Gelang Patah, Johor.
Tarikh        : 9-10 Julai 2019
Objektif kursus : Untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, kemahiran serta kompetensi bagi mendapatkan kualiti penyiapan kerja yang tinggi.