Trump’s trade war with China just got a whole lot bigger

The Trump administration imposed new 10% tariffs on $200 billion of Chinese goods just after midnight ET (noon in Beijing), spanning thousands of products, including food seasonings, baseball gloves, network routers and industrial machinery parts. China retaliated immediately with new taxes of 5% to 10% on $60 billion of US goods such as meat, chemicals, clothes and auto parts. READ MORE

STRAW WOW????

BERHUBUNG penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman konvensional yang bakal dilaksanakan di seluruh negara pada 1 Januari 2020, Sinar Harian turut membuat undian di laman Facebook.

Melalui undian yang dibuat seramai 1,234 setuju dengan larangan tersebut manakala seramai 471 tidak setuju.

Pengguna turut memberikan respons yang baik atas alasan, straw biodegradasi lebih mesra alam sekitar.

Antaranya, Sapawi Yusof yang menyatakan persetujuan dengan penggunaan straw biodegradasi kerana lebih mesra alam dan perkara itu bukan satu bebanan.

Bagi Wan Zulkifli Wan Idris pula, sebagai seorang Muslim kita patut peka kepada kesejahteraan alam. SELANJUTNYA

Jack Ma: US-China trade war could last 20 years

Tech tycoon Jack Ma told investors to hunker down for a drawn out trade war between the United States and China.

“It’s going to last long, it’s going to be a mess,” Ma, the founder and executive chairman of Alibaba (BABA), said Tuesday.

The US-China trade war will last not for 20 months or 20 days, but “maybe 20 years,” he said.

That would mean no easing of tensions between the world’s top two economies for many years after President Donald Trump has left office, even if he serves a second term. READ MORE

Tidak perlu Akta Antiberita Tidak Benar sebab rakyat bijak

Tidak perlu Akta Antiberita Tidak Benar sebab rakyat bijak

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunjukkan kemampuannya untuk berdebat ketika menghadiri Platform Belia Berhijrah Dengan Berhemah ‘Re: Action.Youth Engaged’ di Pusat Kebudayaan UIAM Kampus Gombak hari ini. Foto – Bernama

GOMBAK – Debat awam berkaitan pemansuhan Akta Anti-Berita Tidak Benar disimpulkan sebagai satu tindakan tepat.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pembahas dari blok pembangkang mengemukakan hujah bahawa undang-undang tidak sewajarnya ditentukan kerajaan, sebaliknya oleh rakyat sendiri.

“Meskipun kerajaan membentuk badan yang mengendalikan Akta Anti-Berita Tidak Benar ini namun ia tetap ‘pilihan’ kerajaan.

“Saya tidak rasa undang-undang wajar ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya ketika sesi debat awam dengan topik ‘Pemansuhan Akta Anti-Berita Tidak Benar Adalah Satu Kesilapan yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  di sini, hari imi.

Beliau turut memberi contoh, Akta  Universiti dan Kampus Universiti (Auku) 1971 dicipta dengan tujuan yang murni namun disalahgunakan.

“Perdebatan ini dibahaskan dalam konteks kerajaan baharu, yakni rakyat bijak untuk mempercayai sesuatu benar dan menolak berita yang palsu.

“Dalam pentadbiran kerajaan BN sebelum ini, jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditampilkan dengan wajah badut, kerajaan akan menggubal akta sakit hati. Oleh itu, apa yang tidak benar hari ini, akan bertukar benar atau dilaporkan secara sahih sekiranya akta ini tidak wujud lagi.

“Mungkin saya akan menjadi Najib suatu hari nanti (menafikan kebenaran), nauzubillahiminzalik,” ujar Syed Saddiq.

Ahli Parlimen Muar itu menambah, dengan penghapusan Akta Anti-Berita Tidak Benar ini, masayarakat akan disajikan dengan variasi naratif cerita bukannya hanya satu naratif seperti dilaporkan media pro kerajaan sebelum ini.

“Mungkin orang akan pelik, saya sebagai seorang menteri mengemukakan hujah tidak percayakan kerajaan, tetapi secara ironiknya saya menyaksikan peralihan kerajaan itu daripada BN kepada PH.

“Ternyata kerajaan sebelum ini benar-benar menyalahgunakan undang-undang. Kini kerajaan telah bertukar, kita pulangkan kuasa itu kepada rakyat bukan lagi kerajaan,” tegasnya.

Sementara itu, pendebat terbaik Debat Parlimen British Asia 2018, Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhri yang berdebat bagi pihak pencadang pula mengemukakan hujah keperluan akta ini diimplementasikan kerana berita palsu menjadi senjata untuk menyerang orang yang tidak ada kuasa untuk mempertahankan dirinya. Selanjutnya

Trump administration will impose tariffs on $200 billion in Chinese goods

The United States will impose a 10% tariff later this month on $200 billion worth of Chinese goods, increasing to 25% at the end of the year, the Trump administration announced Monday.
The additional tariffs are on top of penalties enacted earlier this year on $50 billion worth of Chinese goods. Taken together, it means roughly half of the products that China sells to the United States each year will be hit by American tariffs. Read more

AS potong lagi dana Palestin

18 SEPTEMBER 2018

AS potong lagi dana Palestin

Gambar Hiasan

BAITULMAQDIS – PALESTIN. Amerika Syarikat (AS) dilaporkan memotong bantuan tambahan kepada Palestin bagi program yang menyokong resolusi konflik dengan Israel, menjadikan jumlah terkini lebih AS$500 juta (RM2.07 bilion).

Pemotongan terbaharu itu datang daripada dana berjumlah AS$10 juta (RM41.37 juta) dalam program penyatuan membabitkan Palestin, Yahudi dan Arab Israel.

“Seperti mana diumumkan Ogos lalu, pentadbiran AS menyalurkan lebih AS$200 juta (RM827.42 juta) yang pada mulanya dirancang untuk program di Tebing Barat dan Gaza.

“Pada masa sama, kami turut menyalurkan sebahagian daripada AS$10 juta yang dirancang untuk pengurusan konflik dan pencegahan,” kata pegawai kedutaan AS itu. Selanjutnya