SATU lagi pilihan raya kecil dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman akan melangkah ke Parlimen dalam masa terdekat.

Situasi ini lebih menyakinkan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan perkara sama, malahan katanya, ada ahli Parlimen PKR bersedia menawarkan kerusi yang disandang mereka kepada Anwar.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang ketika dalam Parlimen seandainya menteri sedia ada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran.

De facto leader PKR itu menegaskan, antara sebab menjadi ahli Parlimen sebagai langkah mengelak salah guna kuasa yang boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Malahan beliau sendiri akan bersama pembangkang, tegur kerajaan yang membuat kerosakan, penyelewengan dan kecuaian menteri.

Sekiranya benar sepantas ini Anwar akan kembali ke galanggang politik, adalah mustahil beliau akan menjadi ahli Parlimen biasa, tanpa jawatan.

Setidak-tidaknya Anwar akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri, sementara tempoh peralihan Mahathir sebagai perdana menteri.

Ini kerana Anwar akan memegang jawatan Presiden PKR selepas menang tanpa bertanding jawatan itu yang sebelum ini disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Adalah mustahil seorang presiden parti yang terbesar dengan kemenangan sebanyak 50 kerusi parlimen dalam PRU lalu tidak ada jawatan dalam kerajaan. baca selanjutnya