(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM – Kebimbangan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu sewajarnya diambil perhatian secara serius oleh orang Melayu.
Setiausaha Agung Majlis Perundangan Melayu (MPM), Prof Datuk Dr Hasan Mad berkata, masa depan Bumiputera itu sebenarnya telah diperkatakan dalam Kongres Masa Depan Bumiputera pada 1 September 2018 di Pusat Persidangan KLCC namun teguran yang dilemparkan semalam bukan tujuan untuk memperlekehkah Bumiputera.
Menurutnya, beliau percaya kritikan itu adalah cabaran Dr Mahathir kepada orang Melayu demi menjaga reputasi dan martabat orang Melayu. Selanjutnya