SHAH ALAM – Apa yang berlaku kepada dua lelaki yang bertindak kejam membunuh seekor kucing di Taman Gombak Ria dipercayai dipengaruhi dengan apa yang mereka fikirkan ketika itu.

Psikoterapis Islam, Mohd Shukri Hushin berkata, tindakan itu berbalik kepada hati di mana apa yang berlaku ketika itu berpunca daripada emosi yang kurang stabil.

“Bagi saya salah tetap salah, dari sudut kemanusiaan pula tetap akan dikenakan hukuman tetapi kita tidak tahu punca sebenar mengapa jadi sedemikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, dari sudut pandangan agama, tidak ada mana-mana agama dalam dunia ini yang menganjurkan manusia untuk berlaku zalim. Selanjutnya