BERHUBUNG penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman konvensional yang bakal dilaksanakan di seluruh negara pada 1 Januari 2020, Sinar Harian turut membuat undian di laman Facebook.
Melalui undian yang dibuat seramai 1,234 setuju dengan larangan tersebut manakala seramai 471 tidak setuju.
[ARTIKEL BERKAITAN: Straw: Larangan hanya kepada peniaga, pengusaha kedai makan]
Pengguna turut memberikan respons yang baik atas alasan, straw biodegradasi lebih mesra alam sekitar.
Antaranya, Sapawi Yusof yang menyatakan persetujuan dengan penggunaan straw biodegradasi kerana lebih mesra alam dan perkara itu bukan satu bebanan.
Bagi Wan Zulkifli Wan Idris pula, sebagai seorang Muslim kita patut peka kepada kesejahteraan alam. SELANJUTNYA