Program Canting Bersama DYMM Permaisuri Johor

Pada 12 Mei 2016 yang lalu, DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan menghadiri Program Canting Bersama DYMM Permaisuri Johor dan Pameran Batik yang diadakan di Dewan Konvensyen, FAB UTM. Turut mengiringi baginda ialah isteri Menteri Besar Johor, Datin Seri Rosni Omar.