Welcome back students!
Anwar akan jadi TPM dulu sebelum ganti Mahathir
SATU lagi pilihan raya kecil dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman akan melangkah ke Parlimen dalam masa terdekat.
Situasi ini lebih menyakinkan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan perkara sama, malahan katanya, ada ahli Parlimen PKR bersedia menawarkan kerusi yang disandang mereka kepada Anwar.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bersama pembangkang ketika dalam Parlimen seandainya menteri sedia ada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran.
Malahan beliau sendiri akan bersama pembangkang, tegur kerajaan yang membuat kerosakan, penyelewengan dan kecuaian menteri.
Sekiranya benar sepantas ini Anwar akan kembali ke galanggang politik, adalah mustahil beliau akan menjadi ahli Parlimen biasa, tanpa jawatan.
Setidak-tidaknya Anwar akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri, sementara tempoh peralihan Mahathir sebagai perdana menteri.
Ini kerana Anwar akan memegang jawatan Presiden PKR selepas menang tanpa bertanding jawatan itu yang sebelum ini disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Adalah mustahil seorang presiden parti yang terbesar dengan kemenangan sebanyak 50 kerusi parlimen dalam PRU lalu tidak ada jawatan dalam kerajaan. baca selanjutnya
OUTBOUND MOBILITY PROGRAM
PERTANDINGAN MEMANCING ENDOWMEN
LESBIAN DISEBAT!
UALA NERUS – Pelaksanaan hukuman sebat syariah yang dilaksanakan terhadap dua wanita di Terengganu baru-baru ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh pihak tertentu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan hukuman yang bertujuan untuk mendidik itu perlu dilihat dalam aspek perundangan bukannya politik.
“Ini adalah isu perundangan. Kenapa sebatan sivil tidak digembar-gemburkan. Sebatan sivil semua orang tahu tahu macam mana tetapi tak dikatakan zalim. Tidak dikatakan melakukan satu penderaan kepada pesalah.
“Kalau kita tengok, banyak lagi pelaksanaan hukuman lain seperti dikenakan hukuman mati kepada kes-kes tertentu, tetapi tidak dikatakan zalim atau dipersoalkan,”katanya. SELANJUTNYA