BULAN KEUSAHAWANAN SISWA
UPSR
NALI
Trump’s trade war with China just got a whole lot bigger
STRAW WOW????
BERHUBUNG penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman konvensional yang bakal dilaksanakan di seluruh negara pada 1 Januari 2020, Sinar Harian turut membuat undian di laman Facebook.
Melalui undian yang dibuat seramai 1,234 setuju dengan larangan tersebut manakala seramai 471 tidak setuju.
Pengguna turut memberikan respons yang baik atas alasan, straw biodegradasi lebih mesra alam sekitar.
Antaranya, Sapawi Yusof yang menyatakan persetujuan dengan penggunaan straw biodegradasi kerana lebih mesra alam dan perkara itu bukan satu bebanan.
Bagi Wan Zulkifli Wan Idris pula, sebagai seorang Muslim kita patut peka kepada kesejahteraan alam. SELANJUTNYA
PERHIMPUNAN BULANAN
Jack Ma: US-China trade war could last 20 years
Tech tycoon Jack Ma told investors to hunker down for a drawn out trade war between the United States and China.
“It’s going to last long, it’s going to be a mess,” Ma, the founder and executive chairman of Alibaba (BABA), said Tuesday.
The US-China trade war will last not for 20 months or 20 days, but “maybe 20 years,” he said.
That would mean no easing of tensions between the world’s top two economies for many years after President Donald Trump has left office, even if he serves a second term. READ MORE
Tidak perlu Akta Antiberita Tidak Benar sebab rakyat bijak
GOMBAK – Debat awam berkaitan pemansuhan Akta Anti-Berita Tidak Benar disimpulkan sebagai satu tindakan tepat.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pembahas dari blok pembangkang mengemukakan hujah bahawa undang-undang tidak sewajarnya ditentukan kerajaan, sebaliknya oleh rakyat sendiri.
“Meskipun kerajaan membentuk badan yang mengendalikan Akta Anti-Berita Tidak Benar ini namun ia tetap ‘pilihan’ kerajaan.
“Saya tidak rasa undang-undang wajar ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya ketika sesi debat awam dengan topik ‘Pemansuhan Akta Anti-Berita Tidak Benar Adalah Satu Kesilapan yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari imi.
Beliau turut memberi contoh, Akta Universiti dan Kampus Universiti (Auku) 1971 dicipta dengan tujuan yang murni namun disalahgunakan.
“Perdebatan ini dibahaskan dalam konteks kerajaan baharu, yakni rakyat bijak untuk mempercayai sesuatu benar dan menolak berita yang palsu.
“Dalam pentadbiran kerajaan BN sebelum ini, jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditampilkan dengan wajah badut, kerajaan akan menggubal akta sakit hati. Oleh itu, apa yang tidak benar hari ini, akan bertukar benar atau dilaporkan secara sahih sekiranya akta ini tidak wujud lagi.
“Mungkin saya akan menjadi Najib suatu hari nanti (menafikan kebenaran), nauzubillahiminzalik,” ujar Syed Saddiq.
Ahli Parlimen Muar itu menambah, dengan penghapusan Akta Anti-Berita Tidak Benar ini, masayarakat akan disajikan dengan variasi naratif cerita bukannya hanya satu naratif seperti dilaporkan media pro kerajaan sebelum ini.
“Mungkin orang akan pelik, saya sebagai seorang menteri mengemukakan hujah tidak percayakan kerajaan, tetapi secara ironiknya saya menyaksikan peralihan kerajaan itu daripada BN kepada PH.
“Ternyata kerajaan sebelum ini benar-benar menyalahgunakan undang-undang. Kini kerajaan telah bertukar, kita pulangkan kuasa itu kepada rakyat bukan lagi kerajaan,” tegasnya.
Sementara itu, pendebat terbaik Debat Parlimen British Asia 2018, Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhri yang berdebat bagi pihak pencadang pula mengemukakan hujah keperluan akta ini diimplementasikan kerana berita palsu menjadi senjata untuk menyerang orang yang tidak ada kuasa untuk mempertahankan dirinya. Selanjutnya