TIPS PENJAGAAN KUCING KESAYANGAN

Pemakanan yang sesuai

Jika kucing anda berusia 4 minggu ke atas, anak kucing anda dah bersedia untuk makan makanan pejal atau semi-solid. Terdapat banyak jenama makanan kucing yang sesuai untuk anak kucing anda. Manakala jika kucing anda sudah dewasa, maka makanan kucing yang keras boleh diberi kepadanya.

Makanan kucing ini dijual di mana-mana kedai haiwan peliharaan. Anda cuma perlu tahu jenama dan jenis makanan yang sesuai untuk kucing anda.

Kos Penjagaan

Menjaga kucing ini sama seperti manusia, anda perlu menyediakan bajet untuk rawatan kesihatan, makanan, dan produk-produk penjagaan yang lain. Kebiasaannya untuk bulan pertama, anda perlu menghantar kucing untuk vaksin. Bagi anak kucing yang berumur kurang dari enam bulan, mereka perlu diberi vaksin sebanyak tiga kali untuk tahun pertama.

Selepas itu, hanya satu dos setahun akan diberi untuk tahun-tahun yang berikutnya. Tetapi, jika anak kucing anda berumur lebih enam bulan, hanya dua dos vaksin akan diberi untuk tahun pertama, berselang setiap satu bulan. Seterusnya, hanya satu dos diperlukan untuk setahun pada tahun-tahun berikutnya.

Pemeriksaan Veterinar

Yang ini sangat penting untuk kesihatan anak kucing anda. Dengan pemeriksaan veterinar, jangkitan parasit dan kuman dapat dikurangkan. Anda juga boleh tahu tahap kesihatan kucing dan rawatan apa yang diperlukan jika ia dijangkiti kuman atau cacing. Pemeriksaan kesihatan awal boleh bantu elak dari penyakit yang tidak diingini.

Sentiasa Berinteraksi

Seperti kanak-kanak kecil, kucing juga perlu untuk berinteraksi dan bermain dengan tuannya. Kucing yang dibelai dan diberi kasih sayang akan setia pada tuannya. Jadi kita sebagai tuan kucing tersebut harus bermain dan membelai kucing kita. Terdapat banyak jenis alatan dan permainan khas untuk kucing.

Kita juga boleh menggunakan apa yang ada di sekeliling rumah seperti bola, kertas dan lidi untuk bermain dengan kucing.

Sediakan Tempat Makan, Membuang Najis Dan Tidur.

Kucing juga perlu ruang yang tersendiri untuk makan, tidur dan tandasnya sendiri. Bagi tempat tidur, terdapat pelbagai jenis yang dijual dan mengikut keluasan ruang yang ada. Ada jenis rumah dan katil untuk kucing tidur. Untuk tempat makan, dua mangkuk perlu disediakan untuk kucing di mana satu untuk air dan satu lagi untuk makanannya.

Mangkuk-mangkuk makanan ini boleh diletak bersebelahan dengan tempat tidurnya. Yang paling penting adalah tempat untuk kucing membuang najisnya. Semestinya anda tidak ingin kucing berak atau kencing merata dalam rumah. Jadi, anda perlu sediakan kotak pasir kucing untuk mereka membuang di sana. Terdapat juga pelbagai jenis kotak, dari kotak biasa berwarna-warni ke kotak pasir pintar di mana taik-taik kucing akan dipisahkan dari pasirnya.

MY LOVELY CATS

hi gengs... … [Continue reading]

Hello world!

Welcome to People@UTM. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging! … [Continue reading]